Wednesday, August 15, 2012

How to Market Your Own Political Party

Oh My English. Betul ke english aku ni. Hahaha. Tapi di pagi rabu yang hening damai ni aku nak kongsi sikit cara-cara macam mana korang nak "market"kan parti politik korang. Walaupun selalunya pada hari rabu banyak posting-posting blog adalah posting Hari Rabu Tanpa Kata-kata iaitu lebih dikenali dengan Wordless Wednesday tapi hari ni aku sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan akan berkongsi dengan korang cara-cara macam mana korang nak marketkan korang punya parti politik. Posting ni sempena aku dah boleh mengundi tahun ni.

Ada banyak cara sebenarnya. Tapi aku akan kongsi cara yang paling popular kat Malaysia buat masa sekarang ni sebab tak lama lagi dah nak Pilihanraya kan. Baiklah rakan pembaca sekalian, kita mulakan :

  1. Melalui Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia.
    • Cara ini agak popular sebab dia agak mudah disebarkan. Tapi perlu ingat, anda tidak boleh jual di kedai kerana anda perlu menjaga parti anda supaya tetap berada dalam kelas tersendiri. Selalunya makanan kegemaran rakyat ini akan di bungkus seperti biasa tetapi yang lainnya bendera parti anda akan dijadikan sebagai design pembungkus.Unik bukan cara ini. Cara ini akan mengingatkan rakyat akan makanan kememaran mereka sekali gus bendera parti anda sendiri. Jadi bila tiba pilihanraya mereka akan sentiasa ingat makanan kegemaran mereka justeru itu memangkah anda sebagai pilihan mereka.
    • Contoh Gambar seperti dibawah :  
    • Manis kata di bibir saja...Thanks gugel
  2.  Melalui Pemberian-Pemberian "Ikhlas"
    • Cara ini memang antara yang popular sekali kerana ianya merupakan cara mudah mendekatkan diri dengan rakyat supaya rakyat boleh mengenang jasa. Alah, korang bagi la RM200 ke RM500 sorang. Kalau budak sekolah, korang bagi la RM100. Cukuplah tu selama 5 tahun memerintah. Tu pun korang bagi bila da nak dekat-dekat pilihanraya tau. 
    • Pastu Atlet-atlet yang mengharumkan nama negara yang dah ada bisnes sendiri tambah dengan kereta mewah, kau bagi la RM500,000.00. Fair and square mah..Oh My English!
    • Oh lupa nak ingatkan. Korang semua perlu berkerjasama baik punya (ala2 Dafi) dengan media-media massa di Malaysia ataupun negara mana korang duduk. Senang la nanti gambar korang bagi duit masuk TV, Radio dan Suratkhabar. So, bila orang kampung tengok, dorang akan kenang korang.
    • Cara ini juga dikenali dengan lebih mesra, politik wang. Tidak sesuai dan tidak mesra bagi parti-parti yang kedudukan kewangannya agak membimbangkan. (Tapi, kalau guna duit rakyat takpe).
    • Sorry pakcik mempergunakan gambar pakcik. btw, thanks ye gugel
      Kami anak-anak dan isteri-isteri penoreh getah tak dapat ke DS? Takkan peneroka punya bini je dapat.
      Lagi RM300k i bagi time u bersara dan adiah jam i bg jap lg. Amik gambar ni dulu.
      Boleh guna beli komik kat MPH ni..Heeeeeeeeee
  3. Melalui banner-banner, bunting-bunting, bendera-bendera, TV-TV yang ada kat pengangkutan awam, iklan-iklan telivisyen, Train-train, Bas-bas DLL
      • Cara ini mudah tapi agak mahal. Kalau stesyen TV tu korang punye boleh la kawtim baik punye (Ala2 Dafi) . Yela, satu iklan je dah berapa riban habis kan. lagi-lagi waktu prime time. Tu baru iklan kat TV. 
      • Iklan Big Tree kat tepi-tepi highway pun korang kena la letak. Hah, sekarang dah nak dekat raya kan, korang letak la "Selamat Hari Raya, Pandu dengan cermat supaya anda pulang dengan selamat". Pastu jangan lupa letak nama parti. Baru la pemandu ingat korang. Berjasa korang rupanya sebab dah ingatkan rakyat berhati-hati. 
      • Yang lain-lain sama jugak la. Airbrush la body LRT, Monorail, Putra even KTM yang jalan sampai Thailand tu pun korang Airbrush iklan parti korang. Biar sampai Thailand tau. Kalau nak bekerjasama dengan MAS dan AirAsia boleh jugak. Biar satelit detect iklan parti korang semua nanti masukkan berita parti korang kat CNN dengan BBC.
      • Modal memang mahal giler. Kalau guna duit rakyat takpe. Save kos. Cara ni pun bukan untuk Parti berduit.
      • Contoh korang imagine sendiri la. Bukan susah pun nak cari iklan-iklan macamtu sekarang ni. Aku bg 1 je contoh.
        Ingat letak slogan camtu "Don't Bite The hand That Feeds You"
         
    • Melalui pemuda-pemudi harapan bangsa
      • Hah..yang ni senang jugak, tapi Modal besar. Ketua-ketua parti korang selalunya agak berumur kan. Biasa la pemuda-pemudi selalunya sukar nak ngam ho dengan orang tua diorang sukakan hiburan. Diorang suka Enjoy! (gaya Nora Danish). Jadi korang keluar la modal sikit, buat perhimpunan muda-mudi. Buat konsert sampai pagi. Panggil artis-artis yang fofuler kalau seksi tu value added la kan. tak cukup seksi panggil artis korea (yang mana laki yang mana perempuan pun aku tak dapat beza kadang-kadang). Muda-mudi sekarang suka K-pop.
      • Korang sebagai ahli parti kena datang juga tau. Baru muda-mudi akan faham jiwa muda korang. 
      • Kalau korang buat macam ni la kan memang golongan muda-mudi akan sokong korang sebab dorang respek korang yang faham jiwa remaja diorang.
      • Yang ni memang susah nak diaplikasikan oleh parti-parti yang tiada sumber kewangan dan parti yang tinggi nilai-nilai moralnya. Tapi, kalau duit rakyat takpe.
      • Contoh event macam kat bawah ni.
      • Aku bg contoh ckit je sbb puasa..
        Kalau boleh korang bukan setakat datang je, naik pentas tanya nama skali pastu suruh dorang sebut slogan parti korang...shaaatttuuu marrrayyyshhhiiiaaa!!
    • Melalui ucapan-ucapan
      • Yang ni murah sikit. Tapi jadi mahal kalau korang tak ada otak. Sebab apa, sebab korang kena upah ilmuan-ilmuan untuk buatkan teks ucapan korang yang superb. Bagi yang ada otak, korang tak perlukan teks ucapan pun. 
      • Ucapan-ucapan korang perlulah ada punchline2 yang bagus. Punchline2 seharusnya perlu memuji parti korang dan mengutuk parti lain. Temberang sikit tak pe. Rakyat percaya punya sebab korang dah buat perkara-perkara dari no 1 sampai no 4.
      • Selain itu ucapan harus dipenuhi janji-janji manismu nyanyian aishah yang bunyinya seperti menanam tebu dipinggir bibir. Manis tak ayat ini (gaya Sepah)
      • Untuk teks ucapan tak ada contoh sebab korang boleh dengar sendiri kat berita.
    • Melalui Ugutan
      • Bunyinya agak kasar ye disitu tetapi pendekatannya sangat halus. Yela, korang semua dah bagi rakyat macam-macam. Duit pun dah habis banyak sangat ni. Rakyat pula semua nak free. Korang pun dah berjanji. Janji kena ditepati. Kini masa balas budi. Eh, macam lirik pulak kan. Hamboiii.Bukan main lagi kan.
      • Contoh kata-kata rayuan halus yang lebih kepada ugutan :

        Macam malam ikut siang
        Macam bulan ikut matahari
        1Malaysia terus berjuang
        Janji Kita ditepati

        Kata Kita dikota
        Janji Kita ditepati
        Hidup Rakyat Dibela
        Masa Depan Diberkati
        Janji sudah ditepati
        Kini masa balas budi


        (Chorus)
        Janji siapa? Janji kita
        Janji apa? Janji 1Malaysia
        Janji siapa? Janji kita
        Janji apa? Janji 1Malaysia


        Ini janji kita BR1M 1Malaysia
        Ini janji 1Malaysia
        TR1M 1Malaysia
        Kata kita dikota
        Kini 1Malaysia
        Janji kita ditepati
        Kedai 1Malaysia
      • Kalau berbau kontroversi korang pandai-pandai la jawab dengan yang ini pula :

        Bersatu dengan bimbinganmu,
        kita bersatu dengan misimu,

        Malaysia,
        sayang padamu,
        rakyat didahulu,
        pencapaian diutama,

        Kau bantu kami masa susah,
        kau mengerti nadi rakyat,
        kau bantu kami masa susah,
        kau mengerti nadi rakyat.


        Adalah masanya,
        untuk kita sedar,
        betapa syukurnya yang seadanya.


        Adalah masanya,
        untuk kita sedar,
        betapa syukurnya yang seadanya.

        Lalala.. Lalala

        Kau sayang pada kami
        sayang padamu

        Kau sayang pada kami
        sayang padamu
    Sebenarnya banyak lagi cara-cara marketing yang berkesan. Tapi aku dah loya-loya masa taip benda ni. tak boleh nak teruskan takut nanti batal puasa sebab muntah.

    Kesimpulannya sekarang ni tak kira korang parti apa dan dari negara mana pastikan anda ada duit yang banyak berjuta-juta-juta-juta-juta-juta-juta untuk memberi jaminan yang pasti bahawa anda akan menang pilihanraya. Bila dah menang anda buat donno dan ulang balik tips-tips yang aku bagi ni di akhir penggal sebelum pilihanraya nanti. Tapi ingat, Janji pasti ditepati, tapi nak akhir-akhir penggal nanti. Eh macam lirik lagu lagi..hehehe...

    Ape-ape pun aku ucapkan kat korang yakni parti-parti politik sekalian alam semoga berjaya dengan tips yang aku bagi ni.

    Cik Cakula : Heee...da nak dekat raya..agak-agak bila pilihanraya ye..Eh..lirik lagi ke??heee..

    5 comments:

    pospey said...

    kah kah kah good idea to promote......pilihanraya waka waka waka.....

    Gadis Kampung said...

    senang je cara nak menang politik nie...perturun harga petrol, percumakan bil air dan elektrik pada bil yang bawah rm25 confirm org undi..

    Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

    @pospey : tapi semuanya perlu $$$..kih3..

    @gadis kampung :jangan lupe turunkan cukai kenderaan yang mahal nak mampus tu...hehehe..

    pospey said...

    harga kereta pun patut kena turun. goment tex terlalu tggi gila itu yg harga melambung tak caya beli merc kat ober see.

    Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

    kene simpan 5 tahun dulu kat obersee bru bley bwk kete kt mesia...hahaha..