Assalammualaikum...
Alhamdulillah
Masih diberikan kesihatan oleh Allah
Masih dapat bernafas di bumi Allah
Masih dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya
Masih dapat mengerjakan perintahNya
Syukur ku panjatkan kepadaMu ya Allah
Atas rezeki dan nikmat yang Kau berikan
Tidak aku kisah akan apa jua bentuknya
Anak...Suami...Keluarga...Kerja...Bahagia...
Ya Allah
Nikmat mana yang mahu aku dustakan
Ampunkan aku ya Allah
Andai diri ini kekadang terleka
Kejutkan aku ya Allah
Dari mimpi duniawi yang membawa leka
Berikan aku peluang dalam menikmati manis hidayahMu
Alhamdulillah
Terima Kasih Allah
Cik Cakula, 12 Jun 2015, 14.41 p.m
♥ Deylalicious's Story
Luahan Rasa Melalui Pena Kekunci
Thursday, June 4, 2015
Syukur Ya Allah
Yang Meluah :
Cik Cakula Cemekut Cekelat
Meluah di
Putrajaya, Putrajaya, Malaysia
pada pukul
2:48 PM
Tuesday, December 2, 2014
:: Melaka-KL-Melaka...Dekat Jeeeee....
Hai Readers,
Selama aku travel
Melaka-Putrajaya ni, ramai orang tanya aku soalan-soalan cepucemas. Dan kebanyakkannya
soalan yang sama.
Ada juga yang aku jumpa, nak mengikut jejak langkah aku
berulang alik ni. Disebabkan itu post
kali ni special untuk menjawab
soalan-soalan yang ditanya dan bagi mereka yang berminat nak berulang alik ni.
Selalunya orang yang ulang alik ni bersebab dan sebab yang
sangat fofuler adalah keluarga. Even ada yang dah bertahun ulang alik.
Kebanyakan mereka ni kerja bagus. Ada aku jumpa time tunggu bas dulu kerja
Petronas, kerja Bank. Kerja yang diaorang sayang nak lepaskan. So, for the seek of their family and career,
they decide to travel everyday. Ni la antara soalan-soalan yang dikemukakan
kepada aku dan aku cuba la sedaya upaya jawab.
Tak penat ke ulang alik?
- Tipu la kalau aku cakap tak penat. Memang penat. Ape kerja yang tak penat. Tambah lagi hari-hari travel jauh. Korang pun boleh bayangkan. Tapi, aku fikirkan kalau aku duduk KL pun sama juga, masa, jem, stress. At least kalau aku ulang alik, balik rumah dapat tengok muka Nabihah, rasa seronok je hati ni walaupun penat. Lagipun aku tidur je all the way Melaka-KL -Melaka
- Of course la jauh. More than 100km hokeh.
- Aku keluar pukul 4.40am, sampai office pukul 8.00am. Balik pula aku keluar office pukul 5.35pm sampai rumah pukul 9.30pm. Kira la sendiri.
- Kalau naik bas : Aku ambil tiket pukul 5.00am harga RM13.20. Lepas tu sampai TBS aku naik ERL direct putrajaya RM5.30 sehala. So, termasuk return RM10.60. Sampai Putrajaya Sentral aku naik bas nadi putra RM0.50 sehala. Pergi balik RM1.00. Balik pula sama je, naik bas ke Putrajaya Sentral, lepas tu naik ERL sampai TBS. Aku beli tiket KL-Melaka on the spot je sebab tiket banyak. Harga pula dari RM10.00-RM13.40. Depend on bus. Total kos aku RM34.80-RM38.20 satu hari.
- Kalau Drive : Kadang-kadang aku terbangun lewat. So, solution adalah dengan driving direct ke putrajaya. Kosnya agak tinggi nak dibanding dengan naik bas. Tapi jimat dari segi masa dan tenaga. Minyak Melaka-Putrajaya-Melaka satu hari adalah RM40.00. aku bawak kancil je, so memang save la. Tol pula dari Ayer Keroh-Kajang RM14.80. Pergi balik RM29.60. So, total kos kalau aku drive adalah RM69.60.
- Mesti la ada. Paling awal bas transnasional pukul 5.00am. Kalau naik 5.30am dan seterusnya banyak la bas. Depend. Tengok jugak korang kerja kat mana. Balik ke Melaka pula memang banyak bas. Cuma kalau hari Jumaat tu macam sibuk sikit TBS dan tiket cepat habis. Kena la beli awal kalau tak nak balik pukul 8.30pm. Heee...
Gitu la kekdahnya soalan-soalan yang selalu orang tanya. Dan
sepanjang aku ulang alik 2 bulan ni aku jumpa ramai orang yang sama macam aku. Tempat
kerja je lain. Aku ni kira newcomers
la dalam bidang ni. Yang lain semua aku tengok dah pioneer. Chewahh.. Hihihi..
CikCakula: Be positive even susah macamana pun sebab aku percaya ada
yang lagi susah dari aku dan aku sepatutnya bersyukur, bukan
mengeluh....Alhamdulillah.........
Monday, December 1, 2014
Melaka-Putrajaya-Everyday
Salam Sejahtera
Hari ini genap 2 bulan aku kerja. Maksudnya 2 bulan juga la
aku dah berulang alik dari Melaka ke Putrajaya setiap hari.
Travel dari Melaka
ke Putrajaya setiap hari sejujurnya memang meletihkan. Tapi for the seek of my daughter aku decide untuk travel hari-hari. Perkara ni aku dah bincang dengan Cham sebab
sebelum ni ingat nak sewa rumah kat Putrajaya dan bawa Nabihah sekali tinggal
dengan aku. Tapi aku risau jugak tinggal berdua je dengan anak aku. Lagi satu
aku risau Nabihah tak kenal Ayah dia. Kalau nak tinggalkan dengan Cham dekat
Melaka then aku sewa kat Putrajaya pun sedih juga. Yela, setahun lebih aku tak pernah
tinggalkan anak aku lama-lama. Aku takut anak aku tak kenal ibu dia.
Aku travel naik bas..bukan beskal..harap maklum... |
Untuk first week
tu Cham & Nabihah teman aku. Kami stay kat Tune Hotel kat Cyberjaya. Since
lapor diri hari rabu, Cham & Nabihah teman la sampai hari Jumaat.
Second week,
bermula la pengembaraan aku ke tempat kerja. Isnin cuti Raya Haji so off-day la. Hari Selasa tu aku tak
dapat tiket sebab tiket dah habis. Aku dengan Cham da pening fikir jalan
macamana aku nak pergi kerje. Cham tak percaya nak lepaskan aku drive sendiri
ke Putrajaya. Yela, aku tak pernah drive jauh-jauh kot. Paling jauh
Melaka-Muar. Tu pun sekali je. Cham siap volunteer nak hantar. Then aku pikir
kalau Cham hantar aku, Nabihah pula macamana. Last-last tawakal je la, Cham
lepaskan aku drive sendiri. Alhamdulillah selamat aku sampai Putrajaya dan
selamat aku balik Melaka.
Untuk hari Rabu aku dah ada tiket bas. Pukul 5.30am.
Akhirnya aku sampai pukul 9.30am. Masuk Kerja pukul 8.30am. Jadinya, misi naik
bas 5.30am untuk pertama kali gagal.
Lepas tu aku try beli tiket pukul 5.00am. Memang kena bangun
awal la. Tapi akhirnya aku berjaya sampai pukul 8.30am. Ngam-ngam je.
Sekarang ni aku memang ulang alik naik bas dari Melaka. Next
post, aku update pasal kos dan pengangkutan pula.
CikCakula:Sekarang ni punchcard asik merah je. Jam kat punch card tu da gelong.
Subscribe to:
Posts (Atom)