Showing posts with label Rumah Sewa. Show all posts
Showing posts with label Rumah Sewa. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

:: Rumah Baru Ku ::

Sejak duduk kat rumah sewa baru ni aku rase malas sangat nak pegi keje. Tak tahu la sebab apa. Tapi yang aku dapat rase sekarang adalah disebabkan oleh tilam spring yang enak yang membuatkan tidur aku lena dan menyebabkan aku malas sangat-sangat nak bangun tidur.

Setelah dekat 2 minggu mengemas rumah baru, akhirnya.... Al-maklum la kan, double storey kan. Lambat sikit la proses nak mengemas tu. Ditambah lagi dengan masa yang mencemburui, Tilam dan bantal yang sentiasa memanggil-manggil. Selimut yang meminta untuk dihargai akan kewujudannya dan kotak televisyen yang sentiasa meminta dirinya supaya ditatapi dan dihayati. Oleh sebab-sebab yang sedemikian lah telah melambatkan lagi proses mengemas rumah.

Proses yang memakan masa hampir 2 minggu ini telah menunjukkan hasilnya. Hasil yang agak memuaskan dan memang bes untuk ditatap.

Inilah Rumah kami.. upss..rumah sewa kami...

Our 1st Living Room..erkk??ada lagi Living Room ke??
Tempat meletakkan segala makanan..
Deco..Deco..Deco..Supplise!! (gaya eric)
Katakan senang kepada perut dan juga tenaga membasuh baju.



Our 2nd Living Room kat tingkat atas.
Tempat beradu..

Ampi Pur baru untuk bilik baru..=)
Geng Katilest..

Dengan keadaan yang sebegini rupa, nampaknya tahap ketaknakkan aku untuk pergi kerja telah meningkat naik tremendously (teromputih plak). Heeee....

Friday, January 20, 2012

Da Dapat Rumah...yeay!!

Gambar hiasan yang cun...
Nampaknya ada tuan rumah yang membaca blog aku...post semalam tuu...

Bgus lah klu dia baca...

Nampaknya dia faham ape yang ktorg nak n menunaikannya..

Bagus..

So, ini adalah hasil yang kami dapat malam tadi...
(disebabkan kami tak bwk camera jadi bayangkan je la er..)
  1.  Rumah Double Storey : Yihuuu!!memang kami menginginkan yang ini...hahaha..dapat gak akhirnya..ber"tile" okeh. rumah baru...ruang tamu bley tahan. Luas.. blik ade 4 n 3 bilik air..bilik atas 2 luas..bley golek2 hindustan kt dlm umah tu..hehehe...
  2. Katil dan Almari : hahaha...katil dan almari ni memang bes..almari baru.. katil queen..memang kelas..tuan rumah 2 tak penah golek2 lg kt katil 2...best!!
  3. Mesin Basuh : Alhamdulillah dapat gak mesin basuh automatik..Sakan aku tgk mesin basuh tu malam td..hahaha..
  4. Peti Ais : Tak henggat okeh..2 pintu...da ckup mewah la tu bg kami yang anak dara ni..hahaha...lepas ni bley la buat cheesecake..wahhh!! sedapnya cheesecake dr petiais umah baru..jakun jap...
  5. Dapur : huhuhu...dapat dapur..walupun bkn elektrik tp ckup la untuk kami anak dara ni masak...kt dapur dia siapa ader kabinet lg tau..jgn jeles..
  6. Televisyen : Lebih besar dari yang ade sekarang ni..tp, akak tu cakap dia macam nak amik tibi 2...tp, takpe la ktorg pn ader tibi gak..baru berangan nak letak tv yang sedia ada tu kt tingkat atas..huhuhu...
  7. Sofa yang empuk : ya..memang ada..percayalah..lepas ni ktorg akan dapat tgk tibi dengan selesa..hahaha..
  8. Meja Makan : hahaha..ingt takde ke??ada tau..untuk 6org lagi tau..sesape nak dtg bleyla dtg sbb ktorg da ader meja da...hehehe...
  9. Kipas : setiap ruang ader kipas kecuali dapur..tak mcm rumah sekarang..takde kipas...ader kt tengah je...
  10. Bilik air : Ader Shower okeh...lame la memerap dlm bilik air nnt nmpknya...
Ckup la tu..mggu dpn moving aku amik gmbr n upload kt blog...hehehe....

Pape pun Alhamdulillah..dapat jugak rumah..da lame sangat mencari..rezeki akak tu dapat kitorang sebagai penyewa..

Cik Cakula: Chammitto n Deylalicious akan berada di Shah Alam untuk stage memproses kad jemputan kahwin kami...heee...

Thursday, January 19, 2012

:: Aku Nak Rumah Sewa Area Subang ::

Dengan ini aku announce yang aku nk pindah umah yang lebih selesa..
Sekarang ni aku hanya duduk dekat rumah flat yang jiran sebelahnye busuk..busuk..busuk..busuk sangat2...


Aku n housemate aku kalau boleh nak rumah kt area Subang atau dekat dengan tempat keje kami kt Subang Airport. ni pun in order to reduce our cost of living..yela klu dok jauh nk pikir pasal minyak, tol, time constrain.. argghh byk lg la...pendek cite klu ader umah sewa sebelah opis pn kami sanggup nk sewa..asalkan murah...hahaha

~Da la nak umah dekat ngn tempat keje, pastu nk yang murah je plak tu...DEMAND!!


 Ni antara permintaan kami yang lain:

  1. Kami hanya akan bayar sewa rumah setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM700 sebulan tanpa perabot di dalam rumah dan RM800 hingga RM1000 dengan perabot. Lebih dari itu kami tidak akan bayar.
  2. Jika pihak tuan rumah ingin menyediakan kemudahan di rumah itu, ini adalah antara tuntutan dan sebab tuntutan kami. 
    • Langsir: rumah pihak tuan berkemungkinan tinggi sangat transparent. Lebih2 lagi rumah yang mempunyai sliding door. Hal ini akan menimbulkan kesukaran kepada kami yang anak dara melakukan aktiviti harian anak dara secara normal.
    • Mesin Basuh: Tangan wanita ibarat kulit bayi dan kami harus menjaganya. Bagi kami, tangan kami sangat berharga dan ianya termasuk dalam harga hantaran kami (ini pun untuk bakal suami kami juga). Selain daripada itu, kami tidak larat ingin meyental pakaian-pakaian kami dengan menggunakan tangan. Setelah seharian penat bekerja, untuk membasuh baju menggunakan tangan adalah tidak mungkin bagi kami. Jika pihak tuan rumah dapat menyediakan mesin basuh separa automatik kami bersyukur tetapi jika pihak tuan sudi memberikan kami mesin basuh 100% automatik kami sangat bersyukur.. Ianya value added kepada kami.
    • Peti Sejuk: Perut kami seperti perut manusia normal lain. Kami perlu makan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat. Kami hanyalah orang kebiasaan dan bukannya anak orang berada ataupun pekerja contoh dengan gaji 5 hingga 6 angka. Kami tidak mampu membeli makanan di luar setiap hari apatah lagi makan di hotel ataupun restoran2 mewah. Dengan adanya peti sejuk, bolehlah kami menyimpan makanan-makanan mentah yang kosnya agak murah berbanding dengan makanan sedia masak yang ada di kedai-kedai berhampiran kawasan rumah kami. Masakan sendiri lebih sedap jika hendak dibandingkan makanan di kedai makan.
    • Dapur dan Gas: Zaman sudah berubah. Dapur kayu sudah tidak akan digunakan lagi. Dapur minyak tanah sudah lama ditinggalkan berikutan harga minyak mentah dunia yang naik secara mendadak. Sekarang, rumah-rumah di Malaysia menggunakan dapur elektrik atau dipanggil dengan lebih mesra lagi dapur nano. Penggunaan dapur seperti ini lebih mesra alam dan mesra pengguna. Berikutan dengan itu, kami tidaklah mahu menyusahkan tuan rumah dengan mengikuti trend penduduk Malaysia kini. Bukannya apa, dapur elektrik atau nanao tu mahal la juga harganya jika hendak dibandingkan dengan dapur gas biasa yang boleh didapati di pasaran dengan harga tidak sampai RM100. Jadi, apa yang kami perlukan hanyalah dapur masak yang menggunakan gas LPG bagi memudahkan tugas harian kami untuk memasak. 
    • Televisyen: Adalah penting untuk kami mengetahui perkembangan-perkembangan dalam dan luar negara. Ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan am dan semasa kami dalam dan luar negara tidak kiralah samaada politik, ekonomi, masyarakat, sosial, hiburan mahupun sukan. Oleh yang demikian, bagi kami yang tiada kemudahan IT dirumah, ia sangat menyukarkan kami untuk mengetahui perkembangan-perkembangan tersebut. Kami tidaklah mahu digelar katak bawah tempurung oleh rakan-rakan kami berikutan kurangnya sumber-sumber media berkaitan dengan isu-isu semasa. Disebabkan oleh itu, kami meminta supaya pihak tuan dapat menyediakan televisyen. Kami tidak memerlukan televisyen berskrin nipis, definasi tinggi dengan kemampuan 3D mahupun berAstro. tetapi jika pihak tuan rumah ingin menyediakannya kami amat berterima kasih.
    • Katil dan Tilam: Tidur merupakan rehat yang penting. Tidur yang selesa akan membuatkan kita cergas semasa bangun pagi. Untuk pengetahuan pihak tuan rumah, struktur badan kami adalah normal seperti manusia normal lain, kami bukanlah dilahirkan supernormal oleh orang tua kami yang membolehkan kami tidur di atas lantai tanpa beralaskan sesuatu yang epuk atau selesa. Rasional menyediakan katil dan tilam adalah untuk memastikan tidur kami selesa dan kesihatan kami tidak tejejas. 
    • Almari: Kami memerlukan almari untuk menyimpan pakaian dan barang-barang penjagaan diri kami. Kami tidak mahu orang menganggap bilik kami seperti sarang tikus. Kami perlu menjaga martabat dan maruah kami sebagai seorang wanita dan yang penting sekali status kami sebagai anak dara. Jika hal ini tidak dititikberatkan, pasaran kami untuk mendapatkan lelaki-lelaki bujang yang baik, rajin, soleh, penyayang, kacak dan bekerjaya akan terjejas.
  3. Kami berharap pihak tuan rumah dapatlah kiranya membuka akaun RHB supaya mudah untuk kami membayar duit sewa melalui pemindahan wang secara perbankan internet. 
  4. Dengan ini tidak akan ada lagi masalah bayar sewa lambat.Itu sahaja tuntutan dari kami. Segala apa yang kami minta perlulah dipersetujui jika tidak kami tidak akan menandatangani kontrak perjanjian sewa rumah.

Macam ni la rumah yang kami idamkan.hehehe..
Harap maaf ye, kami memang demand.. kami harap tuan rumah yang nk menyewakan rumah boleh pikir2kan dengan akal yang waras dan fikiran yang rasional berkenaan dengan tuntutan ini...  

CikCakula: Thanks Chammitto sbb belikan tiket blik kg sy..2 bulan lg da bley blik kg same2..hehehe..