Thursday, March 1, 2012

:: Officially Saya Sudah Bersuami ::

Alhamdulillah...semuanya selamat...Hari ni adalah hari yang ke-5 aku bergelar seorang isteri kepada Bahdrul Hisham bin Berahim...


Tanggal 26 Februari haritu sah lah aku menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang.

"Aku panjatkan kesyukuran ke atasmu ya Allah. Kurniakanlah keredhaanMu dan barakahMu kepada kami. Berikanlah kami kesabaran dalam menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri."

Terima kasih banyak-banyak kat kengkawan aku yang sudi datang kenduri kawin aku. Mintak maaf sebab tak dapat nak layan korang sangat. =)









 Alhamdulillah.......................

Thursday, February 16, 2012

Repekan Dariku

Untuk entry kali ni, aku tak tau nak tulis ape sebab banyak sangat bende yang aku tengah pikirkan kat kepala aku ni.

Makin dekat tarikh kawin aku makin  la aku serabut. Banyak bende lagi yang tak siap. Hantaran baru 2 je yang siap. Ada lagi  7 nak buat. Buat yang 2 tu pun tangan aku da sakit-sakit. Kuku aku dah rosak2. Kawin punya pasal buat je la tanpa banyak soal. Hehehe. Cham senang la. Akak dengan makcik dia buatkan hantaran-hantaran tu. Tapi tak kisah la. Yang pasti on that day benda tu akan siap. Dan akan bertukar tangan.

Tapi dalam banyak-banyak benda, aku paling satisfied sekali dengan baju nikah aku. Hehehe. Semua checklist aku dah nak hampir sempurna. Walaubagaimanapun still ada benda penting yang tak siap lagi. Takpe, ada lagi seminggu. Aku akan bersungguh-sungguh siapkan semua benda yang tak siap lagi.

Sekarang ni apa yang ada kat kepala aku adalah segala yang berkaitan KAHWIN. Tinggal semingu je lagi sebelum majlis. Memang takkan ada benda lain yang berlegar kat kepala aku ni. So, harap maaf sesiapa yang kat keliling aku yang bernanah telinga dengar pasal kawin aku nih. Nak buat macamna kan orang nak kawin memang macam ni. Semua orang pun sama. Kalau kita tak cakap, orang lain pulak yang tanya. Sama je kan. 

Perkara yang akan dilalui oleh semua orang yang kemungkinan besar nya sekali je seumur hidup. Tak tahu la kalau ada yang beniat nak kahwin banyak kali. 

Aku harap segala persiapan akan siap sebelum hari majlis dan aku harap juga majlis yang sederhana ini akan berjalan dengan lancar dibawah rahmatMu. Aminnn…

Tuesday, February 14, 2012

Sape Sambut Valentine Dia Dosa!!

Ihsan - Gugel

Aku??Sambut ke??Opkos la tidak. Okeh.

Dulu mase sekolah aku tak tau pun hari kekasih atau Valentine Day (aku rase susah plak nak eja valentine) tu ape kejadah hari.

Macam-macam amoi tu jual
Yang aku tau sampai je bulan Februari akan ada amoi-amoi cina datang dari kelas ke kelas buat bisnes. Banyak la yang dorang dok jual. Bunga hidup la, bunga plastik la, coklat la, kad la dan byk lg la. Kalau nak murah beli la yang bunga plastik. Amoi-amoi ni akan buat delivery service untuk kita. Yela kan dulu kecik-kecik kan penyegan. Nak terserempak dengan orang yang kita suke pun malu-malu. Bajet macam dia suke kat kita pulak. Very perasan.

Beli je la benda-benda alah yang amoi tu jual dan tulis sekali nak bagi kat siapa. Pastu time 14hb tu amoi-amoi ni akan deliver benda alah tu kat crush kita. Kalau yang pakwe makwe tu siap ugut lagi, "Kalau awak tak bagi saya saya hadiah saya merajuk. Tak mau jumpe kt kolam lagi". (Selalu kat sekolah aku diaorang kalau nak dating kat kolam ikan kt pagar depan sekolah.)

Selalunya setiap hadiah tu akan ada nota sisi. pesanan dari si perasan kepada crushnya atau pun makwe kepada pakwenya atau makwe kepada pakwenya. Ada juga yang paling nak muntah adik angkat kepada abang angkatnya. Dan yang paling totally annoying nak termuntah pelangi adalah adik angkat yang sebenarnya adalah seorang perempuan bagi kat akak angkatnya juga seorang perempuan. Totally Annoying!!

Nota sisi yang si perasan bagi kat crush selalunya hanya dengan nick name mcm Mawar Berduri, huruf S, huruf Y, huruf I, huruf A, huruf L dan huruf-huruf yang lain. Nanti si crush pun meneka la. Bwuuekk. Muntah! Yang pakwe makwe pulak aku malas nak tulis. sume orang tau dorang akan tulis ape kan. Time tu la ayat-ayat Komsas akan dikeluarkan. Fully utilize okeh. Kalau nak romantik terlebih novel-novel literature yang selalu dibuka waktu pelajaran bahasa inggeris akan digunakan. Baru macam omputih sikit. Time ni la bulan, bintang, cinta kekal abadi, you are my soul semua keluar la. Yang berangkat-angkat pulak selalunya nota sisi diaorang akan berbunyi seperti, "Adik sayang akak sangat-sangat. Akak jangan cari adik lain okeyh." Muntah.
Contoh kata-kata yang dipetik dari novel literature bahasa inggeris sekolah menegah. Sumber-gugel

Chinese sekolah aku memang ramai. So, diorang yang bercouple selalunya akan sambut la. Cume yang aku hairan ada juga Melayu jahil yang sambut. Time tu bando Muo tak yah nak cakap la. Wetex Parade tu memang penuh dengan  pasangan-pasangan kekasih. Tapi, dalam banyak-banyak couple-couple Cina tu akan ada la terselit couple-couple Melayu. Dan selalunya terdiri dari golongan individu-individu yang tak berape nak dewasa sangat, mempunyai IQ bawah 70, jangan lupe diorang jugak selalunya adalah dari golongan yang baru sahaja akil baligh. 

At the end of that day, amoi-amoi cina tu akan kira duit hasil jualan dan si penyambut Valentine akan kekeringan duit tanpa memikirkan dosa keringnya.


CikCakula: Aku memang tak ada pakwe masa sekolah dulu. Kenal cham lepas sekolah dan kami tak sambut Valentine tapi kami suke Valentino Rossi.