Monday, December 1, 2014

Melaka-Putrajaya-Everyday

Salam Sejahtera

Hari ini genap 2 bulan aku kerja. Maksudnya 2 bulan juga la aku dah berulang alik dari Melaka ke Putrajaya setiap hari.

Travel dari Melaka ke Putrajaya setiap hari sejujurnya memang meletihkan. Tapi for the seek of my daughter aku decide untuk travel hari-hari. Perkara ni aku dah bincang dengan Cham sebab sebelum ni ingat nak sewa rumah kat Putrajaya dan bawa Nabihah sekali tinggal dengan aku. Tapi aku risau jugak tinggal berdua je dengan anak aku. Lagi satu aku risau Nabihah tak kenal Ayah dia. Kalau nak tinggalkan dengan Cham dekat Melaka then aku sewa kat Putrajaya pun sedih juga. Yela, setahun lebih aku tak pernah tinggalkan anak aku lama-lama. Aku takut anak aku tak kenal ibu dia.

Aku travel naik bas..bukan beskal..harap maklum...
Untuk first week tu Cham & Nabihah teman aku. Kami stay kat Tune Hotel kat Cyberjaya. Since lapor diri hari rabu, Cham & Nabihah teman la sampai hari Jumaat.

Second week, bermula la pengembaraan aku ke tempat kerja. Isnin cuti Raya Haji so off-day la. Hari Selasa tu aku tak dapat tiket sebab tiket dah habis. Aku dengan Cham da pening fikir jalan macamana aku nak pergi kerje. Cham tak percaya nak lepaskan aku drive sendiri ke Putrajaya. Yela, aku tak pernah drive jauh-jauh kot. Paling jauh Melaka-Muar. Tu pun sekali je. Cham siap volunteer nak hantar. Then aku pikir kalau Cham hantar aku, Nabihah pula macamana. Last-last tawakal je la, Cham lepaskan aku drive sendiri. Alhamdulillah selamat aku sampai Putrajaya dan selamat aku balik Melaka.


Untuk hari Rabu aku dah ada tiket bas. Pukul 5.30am. Akhirnya aku sampai pukul 9.30am. Masuk Kerja pukul 8.30am. Jadinya, misi naik bas 5.30am untuk pertama kali gagal.

Lepas tu aku try beli tiket pukul 5.00am. Memang kena bangun awal la. Tapi akhirnya aku berjaya sampai pukul 8.30am. Ngam-ngam je.


Sekarang ni aku memang ulang alik naik bas dari Melaka. Next post, aku update pasal kos dan pengangkutan pula.

CikCakula:Sekarang ni punchcard asik merah je. Jam kat punch card tu da gelong.

Tuesday, November 25, 2014

Aku & Kerja Berpisah Tiada......

Assalammualaikum..

Curllass sangat title kat atas. Sudah lama rasanya tidak mencoret. Ceewwahhh.. Banyak yang ingin dikongsikan dengan para readers (ada ke readers kt blog usang besawang ni..pffttt)

Aku bercita-cita untuk aktif menghapdet blog. Tapi apakan daya, baru nak tekan keyboard dah datang keyboard worrior cilik yang suka menghentam keyboard ibunya tatkala ibunya baru sahaja memasang hasrat nak menghapdet blog.

Memang pengalaman yang indah membesarkan anak sehinggakan aku boleh terlupa akan benda lain. Pejam celik rupanya dah 2 tahun aku menganggur. Kalau tengok Facebook aku pun, tak banyak aku share kt dinding. Kadang-kadang leka melayan kerenah anak masak nasi pun lewat..hihihi.. (Masa tulis ni pun tengah rasa rindu kt anak aku..huuuu...)

Rasa sekejap je...Nur Aina Nabihah dah masuk 1 tahun 3 bulan...
Belanja sikit gambar Nabihah..


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, genap Nabihah setahun bulan 9 haritu aku nekad nak start keje balik. Lepas bincang dengan Cham, buruk dan baik aku bekerja, kitorang decide untuk teruskan sahaja hasrat aku nak kerja. Offer yang aku dapat pun agak rare, Cham pun tak kisah aku nak kerje or tak. Tapi cham kesian juga la kat aku sebab dah study sungguh-sungguh lepas tu tak kerja pulak. Lagipun, boleh la aku tolong Mak dengan Abah aku sikit-sikit walaupun tak banyak mana.

Aku dah pun reply “YA” untuk offer letter yang terbabit. Aku report duty 1 Oktober 2014. Termasuk hari ketika aku sedang taip entry ni aku dengan rasminya dah 1 bulan 25 hari bergelar sisiwazah yang tak menganggur.. (bila mau bayar hutang PTPTpu hah??)

Bersempena dengan mulanya aku bekerja, banyak benda yang aku nak kongsikan kat sini. Tunggu je la kegigihan aku menaip. Jadi..TUNGGUUUUU....


CikCakula : Rindu Nur Aina Nabihah. (Mood kat opis terbayang muka Nabihah sebab gambar Nabihah da jadi wallpaper ibu..huaaaa)

Thursday, December 26, 2013

::Introducing....

Assalammualaikum...

Lama sungguh dah tak menghapdet blog. Sejak berenti kerja sampai dah ada anak 1. Hoho lama sungguh.

Lepas berenti kerja hari tu rasa malas sangat nak menaip. Lagipun kena berebut lappy ngan encik suami. encik suami suh pakai tablet je. Oh kecik..sungguh tak puas nak menaip...

InsyaAllah aku bercita-cita tinggi untuk menaip kembali sekarang ni. Yela, aku dah tak kerja sekarang. mengadap anak dengan korea je.

Banyak benda yang jadi sepanjang aku tak hapdet ni.

Yela, sampai dah ada anak satu mau tak banyak.

Lain kali aku hapdet lagi k.

Untuk kali ni nikmatila gambo anak aku.

Buah hati pengarang jantung
K bai...

CikCakula : Tulis pendek je....dak nabihah da bangun...hihihi...