Friday, August 17, 2012

Update Raya - Part 1

Gambar Hiasan Sahaja - Nami Island 2012
Huaaaarrgghhhh!!ngantuk kemain aku kat opis harini. Bos pun tak nampak batang hidung. Hai bos, raya awal nampak. *jeles*.

Mood raya aku tak berapa in sangat tahun ni. Mood aku lebih banyak ke arah nak bercuti-cuti raya. Lepas raya ni, bermulalah perjalanan hidup aku tanpa Cham disisi. *sedey hokey*. Lepas raya ni, Cham dah start buka kedai kat Melaka, so aku akan keseorangan di rumah Meru. Nasib baik ada Liely. Nisha Nishot dah dapat keje baru dah kat keyell. Jadinya tinggal la aku dengan Liely je kat rumah tu.

Disebabkan mood raya yang tak berapa nak in, malam tadi baru aku terhegeh-hegeh mencari baju kurung. Sebenarnya perkataan malam dah tak layak digunakan disitu sebab ia lebih kepada pagi sebenarnya sebab aku start mencari baju kurung kat Klang tu pukul 2 pagi.

Sebelum tu aku jumpa BFF aku Cik Alia & Tunang dia kat Tasik Shah Alam sebab nak ambil kuih raya. Masa jumpa dia time tu pun da pukul 11 lebih. Borak punya borak Alia pun ajak balik. Masa tu da pukul 12 lebih dah pun. Disebabkan aku dah minum Nescafe 'o' nipis jadi, mata aku membutang besar. Bila dah membutang, mulut pun lancar je mengajak Cham soping kat bazar raya klang.

Jalan punya jalan punya jalan punya jalan, jumpa la yang berkenan dihati sekali dengan pakej saiz M. Bersedia untuk membeli, malangnya dalam beg duit tinggal 40 hengget je. Terpaksalah gi ATM keluarkan duit. Sampai je Maybank (tak jauh dari situ) terus masuk. tengok-tengok ATM tu tulis "Sorry for any inconvenience". Semua machine pula tu. Jadi terpaksa menapak jauh sambil meredah kebanjiran manusia kat situ untuk cari ATM lain. Nasib baik jumpa. Keluarkan duit terus menapak balik ke kedai tadi, terus beli baju raya tu tanpa berpikir lama sangat sebab dah pukul 2 pagi.

Lepas tu jalan lagi, dan tanpa sengaja membeli lagi sepasang baju kurung. Cukup la tu. yang tempah 2 pasang tu pun aku tak ambil lagi. Eh...bukan tadi cakap tak ada mood ke?? (- .-")

Lepas dapat baju kurung terus bergegas balik. Cham cuma beli capal raya je. Ingatkan sebelum balik nak singgah sahur kat mamak. Tengok-tengok kedai tu tutup. Hurrrmmm..terus je balik rumah. Samapai rumah dekat pukul 3. Cham buatkan air koko panas aku pula lipat baju. Siap je koko panas Cham panggil minum sama-sama. Then, siap sahur tido. Tak sampai berapa minit, alarm handphone canggih aku bunyi. tengok-tengok dah pukul 4. Sekejap je la pejam mata 6.30 nak bangun gi keje.......

CikCakula : Tadi sms bos, "hi bos, i just wanna ask whether i can take time-off today? i plan to balik kampung early. If cannot its ok ". sejam selepas tu dia reply "If nothing urgent, no prob". Aku pun terus reply, "Thanks bos!"..(Oh My English!)..Muuuaaahahahaha...kul 2.30 ni aku akan cabut.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan Pertama

Terima Kasih.....
Alhamdulillah.
Dah masuk 3 hari puasa bersama suami tercinta
Pengalaman pertama yang membuat aku menghargai adanya dia di sisi
Terima kasih kerana menemaniku untuk Ramadhan kali ini
Semoga akan ada Ramadhan untuk kita lagi

Cik Cakula : ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, July 20, 2012

Special Post : Kepada Pendengki di Pagi Jumaat

Aku punya blog suka hati aku la nak tulis ape. 

Apa la yang ko sakit hati sangat dengan aku? 

Aku ada curi duit ko ke? 

Ke aku kahwin dengan laki ko? 

Kalau ko lelaki, aku nak tanya, aku ada tolak Cinta ko ke, sebab tu ko sakit hati? 

Ke sebab aku cantik, ko buruk then ko sakit hati? 

Aku rasa sebab yang last tu paling sesuai. 

 

Ape la ko sakit hati sangat kan? 

Kalau ko rasa ko taknak baca blog aku ko bley tekan Alt+F4. 

Settle masalah ko. 

 

Aku punye blog aku punya hal

Ko nak buat hal ko buat blog sendiri

Aku tak suke kacau orang kalau orang tak kacau aku

 

Lain kali kalau nak tinggalkan komen, 

jangan lupe tinggalkan email ko sekali. 

Jangan jadi macam orang yang tak de telur, tak de biji 

Guna Anonymous pulak..


Kaaannnnn..........

Yang penting ada aku kisah??

Spesis orang yang takleh tengok orang lain senang....


Cik Cakula : Pendengki yang pengecut