Thursday, March 8, 2012

Renungan Bersama (^_^)v

Gambar Hiasan semata-mata

Ni Entry copy paste. aku jmpe kt FB. Tak tau la sape owner dia yang sebenar. Niat aku cume nak share benda baik ni kat semua orang. Harap2 la owner asal article ni bg aku copy paste. Kalau tak bagi nanti aku delete k.

So readers, Baca sambil berfikir oke. jangan bace kosong je. (~_^)v

................ 
Liberal Gurlz VS Ustaz

Liberal Gurlz : Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!

Ustaz : Ok silakan……what you want to know…

Liberal Gurlz : Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz : Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz : No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..

Ustaz : Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina

Liberal gurlz : Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…

Ustaz : Hai….macam perli saya aje ni….?

Liberal Gurlz : Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!

Ustaz :
Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka

Liberal Gurlz : Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?



Ustaz : Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual
Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!

Liberal Gurlz : Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki

Ustaz : Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah
Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.

Liberal Gurlz : Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?

Ustaz :
Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!! 
Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz : Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?
 

Ustaz : Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.
Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.

Liberal Gurlz : Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz : Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?
Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?
Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya.

Liberal Gurlz : Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..

Ustaz : Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah

Liberal Gurlz : Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..

Ustaz : Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!

Ihsan gugel
................

Cik Cakula : Sekadar renungan bersama. Untuk diri aku n readers..piece

Tuesday, March 6, 2012

+ 2 Jahanam +

Aku punya versi 2 jahanam je...
Pernah tengok 6 Jahanam??
Cite P.Ramlee pasal perompak yang jahanam tu.
Tapi cerita aku kali ni lain cikit sbb yang jahanam cume 2 orang..bukan 6.. (bley ke aku gne orang sebagai penjodoh bilangan sbb aku rse 2 jahanam tu bukan lah orang@manusia)

Benda ni jadi dalam pukul 7.20am...pagi okeh...hari ahad pulak tu..Tempat kejadian adalah kat rumah mertua aku.

Ceritanya bermula macam ni.....................

Malam sebelum kejadian
Malam tu aku berdua je kat rumah dengan Chammitto aku. Mak dengan ayah dia balik Melaka. Dia teman aku lipat-lipat baju (walhal pada hakikatnya dia tido). Siap lipat baju semua aku pun online jap. Jap je pun aku online sbb aku ngantuk. So, before nak tidur tu aku kunci pintu, lock@magga grill pintu skali. Malam tu aku rasa macam tak sedap hati sikit la. Siap lock semua aku kjut Chammitto aku, suruh tido kat bilik je. Jam masa tu dah pukul 1 lebih. memang ngantuk gila la kan.
Macam ni la aku lipat baju..cun kannnn...
6.00 am
Pukul 6.00 pagi aku terjaga gara-gara jam loceng aku. Dah terjaga comfirm la tak leh tido balik kan. golek punya golek, dengarlah azan. Aku kejut Chammitto sbb nak subuh sekali dengan dia. Siap je solat kitorang sambung tido balik. Mengantuk gile. Lagipun hari ahad je la Chammitto cuti. So, bagi la dia tido lebih sikit.

7.00 am
Tido aku diganggu lagi. Tapi kali ni pukul 7.00 pagi lebih-lebih sikit camtu la. Aku terkejut dengar bunyi bising kat luar. Aku kejut Chammitto suruh dia tengok apa kat luar tu. Dia cakap, "Ala, orang sebelah kot". Aku macam tak sedap hati la kan. Diorang kat luar buat ape ntah. bunyi ketang-ketung je. Pastu aku dengar diorang menuju ke bilik kitorang. Aku kejut Chammitto lagi, suruh dia tengok ape benda. Chammitto pun macam cuak je aku tengok. Tetiba je ada asap@gas masuk ikut tingkap. Aku dengan Chammitto dah menggelabah je ni. Chammitto pun keluar nak tengok luar. Chammitto cakap kat aku, "Sayang, duduk situ je, jangan ikut. Duduk diam-diam je". So aku sebagai seorang isteri mithali yang taat pada suaminya pun ikut la ape chammitto suruh. Bila Chammitto bukak je pintu depan, dia nampak 2 ekor pencuri tengah masukkan aircond compressor kat dalam kereta. (Penjodoh bilangan Ekor amat sesuai menggantikan manusia yang perangai tak macam manusia). Chammitto dengan muka bengang sergah la 2 ekor pencuri tu. Apalagi 2 ekor pencuri tu pun kelam kabut masuk kereta, terus je pecut. Cham nak kejar tapi grill rumah masa tu berkunci. Tak dapat nak keluar gi kejar pencuri tu. 2 compressor okeh yang dia curi. Bilik mak mertua aku 1 dan bilik cham 1.

Lebih kurang macam ni la rupe benda yang dia curi tu.
Dengan keadaan yang super kelam kabut Chammitto suruh aku amik fon dan call 999. Aku tepon pastu cakap apa yang patut then dia suruh tunggu sbb polis on the way ke rumah aku. Nasib baik Chammitto ingat nombor plat kereta tu. MYVI HITAM BKD 1113. Sesiapa nampak atau kenal tuan punya kereta ni, kirim salam report polis kat dia.

Aku kena marah ngan Chammitto sebab kunci grill =(. Dia cakap, "Kenapa kunci? Kalau tak kan dah boleh kejar pencuri tu td.". Tapi aku cakap kat Chammitto, "Nasib baik kunci kalau tak kunci dia masuk rumah macamana. Kalau dia buat apa-apa kat kita nanti macamana? Takpe la benda tu semua boleh beli balik.". Aku cakap dengan nada yang sopan santun. (sebenarnya tengah takut lagi. kot la perompak tu patah balik ke kan). Chammitto pun macam tau aku tengah takut dia pun tak cakap banyak. Lagipun benda dah jadi kan.

8.00 am
Pukul 8 lebih kereta polis peronda sampai rumah. Cerita punya cerita, dia pun da tengok rumah dia suruh buat report kat Balai Polis Bukit Raja pagi tu jugak. Polis tu balik je kitorang pun bersiap-siap nak keluar.

9.00 am
Baru nak keluar rumah dah kena temuramah dengan makcik-makcik reporter kat area rumah Chammitto. Dorang kena tahu jugak berita-berita penting macam ini. Kalau tak karang petang-petang takde cerita nak cerita.

10.00 am
Siap je makcik-makcik tu amik statement kitorang, lebih kurang pukul 10 lebih baru kitorang gi buat report kat balai.Report punya report punya report dia print out report tu then bagi kat Chammitto suruh kami pegi Balai Polis Kapar Indah jumpa pegawai kat sana. Dalam hati kitorang, apsal la polis peronda tadi tak suruh kitorang buat report kat Kapar Indah je. Menyusahkan. Nak tak nak kena la pegi jugak.

11.00 am
Sampai Balai Polis Kapar Indah tu lebih kurang pukul 11.30. Aku dengan Chammitto tak makan lagi ni. Lapar tak payah nak cakap la. Sampai sana tunggu pegawai tu dekat setengah jam jugak la kan baru dia sampai. Meeting la kot. (aku ngan Chammitto cuba untuk berbaik sangka). Pegawai tu tanya macam-macam dan lebih details lagi dari masa buat report tadi. Chammitto ceritalah kat pegawai tu apa yang jadi dari A sampai Z. Habis dia ambil keterangan dia suruh balik dulu dan dia dengan jurugambar akan datang rumah.

12.00pm
Baru selamat kuar dari balai. Laparrrrr sangat-sangat. On the way ke kereta Chammito ajak aku alas perut je dulu sebab dia nak makan aku masak. Baru nak kuar simpang pegawai tu call cakap nak follow kitorang balik. Dia dengan jurugambar dia la. So, kitorang cancel aktiviti makan terus balik rumah. Sampai rumah Polis tu tengok tempat kejadian, amik-amik gambar, cakap-cakap, tanya itu ini then balik la dorang.
Lebih kurang cam ni la polis tu datang buat siasatan...Exaggerate sangat kan...
1.00 pm
Da pukul 1.00 lebih tapi aku n Chammitto tak makan lagi dok melayan polis-polis kat klang dari pagi tadi. Chammitto ajak aku pegi Carrefour alas perut then cari barang masak. Pastu kami jalan-jalan tengok jalan untuk buat map kad kahwin kitorang. (aku rase ayat ni pelik).

2.00pm
Sampai rumah akak ipar aku ada. Aku pun berkata-kata dalam hati, alamak kena masak banyak ni. Nasib baik la aku dengan Chammitto tadi beli barang banyak. Boleh la masak banyak.

3.00 pm
Aku masih kat dapur tengah memasak. Nasib baik ada Chammitto teman kat dapur. Heeee

4.00 pm
Makan tengahari merangkap makan petang la aku dengan Chammitto.

Hari Ahad yang merupakan hari cuti kami berdua telah diganggu oleh 2 ekor pencuri yang sangat jahat. Sebab dorang aku dengan Chammitto akan tido berpanas. Aktiviti yang kitorang da rancang pun banyak cancel sebab da habiskan masa kat balai dan melayan polis. Sepatutnya hari Ahad tu kami pegi buat kad, tapi malangnya tak sempat. Kedai dah tutup. Tukar plan, laki bini pegi dating kat Tanjung Harapan....Jadi la kannn...dari takde....
Ihsan gugel
Apa-apa hal pun syukur Alhamdulillah kami berdua selamat. Takde ape-ape yang terjadi kat kami...Heeeeee....(^_~)v

Cik Cakula : Penat taip entry nih..hehehe..

Thursday, March 1, 2012

:: Officially Saya Sudah Bersuami ::

Alhamdulillah...semuanya selamat...Hari ni adalah hari yang ke-5 aku bergelar seorang isteri kepada Bahdrul Hisham bin Berahim...


Tanggal 26 Februari haritu sah lah aku menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang penyayang.

"Aku panjatkan kesyukuran ke atasmu ya Allah. Kurniakanlah keredhaanMu dan barakahMu kepada kami. Berikanlah kami kesabaran dalam menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri."

Terima kasih banyak-banyak kat kengkawan aku yang sudi datang kenduri kawin aku. Mintak maaf sebab tak dapat nak layan korang sangat. =)









 Alhamdulillah.......................