Tuesday, March 6, 2012

+ 2 Jahanam +

Aku punya versi 2 jahanam je...
Pernah tengok 6 Jahanam??
Cite P.Ramlee pasal perompak yang jahanam tu.
Tapi cerita aku kali ni lain cikit sbb yang jahanam cume 2 orang..bukan 6.. (bley ke aku gne orang sebagai penjodoh bilangan sbb aku rse 2 jahanam tu bukan lah orang@manusia)

Benda ni jadi dalam pukul 7.20am...pagi okeh...hari ahad pulak tu..Tempat kejadian adalah kat rumah mertua aku.

Ceritanya bermula macam ni.....................

Malam sebelum kejadian
Malam tu aku berdua je kat rumah dengan Chammitto aku. Mak dengan ayah dia balik Melaka. Dia teman aku lipat-lipat baju (walhal pada hakikatnya dia tido). Siap lipat baju semua aku pun online jap. Jap je pun aku online sbb aku ngantuk. So, before nak tidur tu aku kunci pintu, lock@magga grill pintu skali. Malam tu aku rasa macam tak sedap hati sikit la. Siap lock semua aku kjut Chammitto aku, suruh tido kat bilik je. Jam masa tu dah pukul 1 lebih. memang ngantuk gila la kan.
Macam ni la aku lipat baju..cun kannnn...
6.00 am
Pukul 6.00 pagi aku terjaga gara-gara jam loceng aku. Dah terjaga comfirm la tak leh tido balik kan. golek punya golek, dengarlah azan. Aku kejut Chammitto sbb nak subuh sekali dengan dia. Siap je solat kitorang sambung tido balik. Mengantuk gile. Lagipun hari ahad je la Chammitto cuti. So, bagi la dia tido lebih sikit.

7.00 am
Tido aku diganggu lagi. Tapi kali ni pukul 7.00 pagi lebih-lebih sikit camtu la. Aku terkejut dengar bunyi bising kat luar. Aku kejut Chammitto suruh dia tengok apa kat luar tu. Dia cakap, "Ala, orang sebelah kot". Aku macam tak sedap hati la kan. Diorang kat luar buat ape ntah. bunyi ketang-ketung je. Pastu aku dengar diorang menuju ke bilik kitorang. Aku kejut Chammitto lagi, suruh dia tengok ape benda. Chammitto pun macam cuak je aku tengok. Tetiba je ada asap@gas masuk ikut tingkap. Aku dengan Chammitto dah menggelabah je ni. Chammitto pun keluar nak tengok luar. Chammitto cakap kat aku, "Sayang, duduk situ je, jangan ikut. Duduk diam-diam je". So aku sebagai seorang isteri mithali yang taat pada suaminya pun ikut la ape chammitto suruh. Bila Chammitto bukak je pintu depan, dia nampak 2 ekor pencuri tengah masukkan aircond compressor kat dalam kereta. (Penjodoh bilangan Ekor amat sesuai menggantikan manusia yang perangai tak macam manusia). Chammitto dengan muka bengang sergah la 2 ekor pencuri tu. Apalagi 2 ekor pencuri tu pun kelam kabut masuk kereta, terus je pecut. Cham nak kejar tapi grill rumah masa tu berkunci. Tak dapat nak keluar gi kejar pencuri tu. 2 compressor okeh yang dia curi. Bilik mak mertua aku 1 dan bilik cham 1.

Lebih kurang macam ni la rupe benda yang dia curi tu.
Dengan keadaan yang super kelam kabut Chammitto suruh aku amik fon dan call 999. Aku tepon pastu cakap apa yang patut then dia suruh tunggu sbb polis on the way ke rumah aku. Nasib baik Chammitto ingat nombor plat kereta tu. MYVI HITAM BKD 1113. Sesiapa nampak atau kenal tuan punya kereta ni, kirim salam report polis kat dia.

Aku kena marah ngan Chammitto sebab kunci grill =(. Dia cakap, "Kenapa kunci? Kalau tak kan dah boleh kejar pencuri tu td.". Tapi aku cakap kat Chammitto, "Nasib baik kunci kalau tak kunci dia masuk rumah macamana. Kalau dia buat apa-apa kat kita nanti macamana? Takpe la benda tu semua boleh beli balik.". Aku cakap dengan nada yang sopan santun. (sebenarnya tengah takut lagi. kot la perompak tu patah balik ke kan). Chammitto pun macam tau aku tengah takut dia pun tak cakap banyak. Lagipun benda dah jadi kan.

8.00 am
Pukul 8 lebih kereta polis peronda sampai rumah. Cerita punya cerita, dia pun da tengok rumah dia suruh buat report kat Balai Polis Bukit Raja pagi tu jugak. Polis tu balik je kitorang pun bersiap-siap nak keluar.

9.00 am
Baru nak keluar rumah dah kena temuramah dengan makcik-makcik reporter kat area rumah Chammitto. Dorang kena tahu jugak berita-berita penting macam ini. Kalau tak karang petang-petang takde cerita nak cerita.

10.00 am
Siap je makcik-makcik tu amik statement kitorang, lebih kurang pukul 10 lebih baru kitorang gi buat report kat balai.Report punya report punya report dia print out report tu then bagi kat Chammitto suruh kami pegi Balai Polis Kapar Indah jumpa pegawai kat sana. Dalam hati kitorang, apsal la polis peronda tadi tak suruh kitorang buat report kat Kapar Indah je. Menyusahkan. Nak tak nak kena la pegi jugak.

11.00 am
Sampai Balai Polis Kapar Indah tu lebih kurang pukul 11.30. Aku dengan Chammitto tak makan lagi ni. Lapar tak payah nak cakap la. Sampai sana tunggu pegawai tu dekat setengah jam jugak la kan baru dia sampai. Meeting la kot. (aku ngan Chammitto cuba untuk berbaik sangka). Pegawai tu tanya macam-macam dan lebih details lagi dari masa buat report tadi. Chammitto ceritalah kat pegawai tu apa yang jadi dari A sampai Z. Habis dia ambil keterangan dia suruh balik dulu dan dia dengan jurugambar akan datang rumah.

12.00pm
Baru selamat kuar dari balai. Laparrrrr sangat-sangat. On the way ke kereta Chammito ajak aku alas perut je dulu sebab dia nak makan aku masak. Baru nak kuar simpang pegawai tu call cakap nak follow kitorang balik. Dia dengan jurugambar dia la. So, kitorang cancel aktiviti makan terus balik rumah. Sampai rumah Polis tu tengok tempat kejadian, amik-amik gambar, cakap-cakap, tanya itu ini then balik la dorang.
Lebih kurang cam ni la polis tu datang buat siasatan...Exaggerate sangat kan...
1.00 pm
Da pukul 1.00 lebih tapi aku n Chammitto tak makan lagi dok melayan polis-polis kat klang dari pagi tadi. Chammitto ajak aku pegi Carrefour alas perut then cari barang masak. Pastu kami jalan-jalan tengok jalan untuk buat map kad kahwin kitorang. (aku rase ayat ni pelik).

2.00pm
Sampai rumah akak ipar aku ada. Aku pun berkata-kata dalam hati, alamak kena masak banyak ni. Nasib baik la aku dengan Chammitto tadi beli barang banyak. Boleh la masak banyak.

3.00 pm
Aku masih kat dapur tengah memasak. Nasib baik ada Chammitto teman kat dapur. Heeee

4.00 pm
Makan tengahari merangkap makan petang la aku dengan Chammitto.

Hari Ahad yang merupakan hari cuti kami berdua telah diganggu oleh 2 ekor pencuri yang sangat jahat. Sebab dorang aku dengan Chammitto akan tido berpanas. Aktiviti yang kitorang da rancang pun banyak cancel sebab da habiskan masa kat balai dan melayan polis. Sepatutnya hari Ahad tu kami pegi buat kad, tapi malangnya tak sempat. Kedai dah tutup. Tukar plan, laki bini pegi dating kat Tanjung Harapan....Jadi la kannn...dari takde....
Ihsan gugel
Apa-apa hal pun syukur Alhamdulillah kami berdua selamat. Takde ape-ape yang terjadi kat kami...Heeeeee....(^_~)v

Cik Cakula : Penat taip entry nih..hehehe..

No comments: