Friday, August 17, 2012

Update Raya - Part 1

Gambar Hiasan Sahaja - Nami Island 2012
Huaaaarrgghhhh!!ngantuk kemain aku kat opis harini. Bos pun tak nampak batang hidung. Hai bos, raya awal nampak. *jeles*.

Mood raya aku tak berapa in sangat tahun ni. Mood aku lebih banyak ke arah nak bercuti-cuti raya. Lepas raya ni, bermulalah perjalanan hidup aku tanpa Cham disisi. *sedey hokey*. Lepas raya ni, Cham dah start buka kedai kat Melaka, so aku akan keseorangan di rumah Meru. Nasib baik ada Liely. Nisha Nishot dah dapat keje baru dah kat keyell. Jadinya tinggal la aku dengan Liely je kat rumah tu.

Disebabkan mood raya yang tak berapa nak in, malam tadi baru aku terhegeh-hegeh mencari baju kurung. Sebenarnya perkataan malam dah tak layak digunakan disitu sebab ia lebih kepada pagi sebenarnya sebab aku start mencari baju kurung kat Klang tu pukul 2 pagi.

Sebelum tu aku jumpa BFF aku Cik Alia & Tunang dia kat Tasik Shah Alam sebab nak ambil kuih raya. Masa jumpa dia time tu pun da pukul 11 lebih. Borak punya borak Alia pun ajak balik. Masa tu da pukul 12 lebih dah pun. Disebabkan aku dah minum Nescafe 'o' nipis jadi, mata aku membutang besar. Bila dah membutang, mulut pun lancar je mengajak Cham soping kat bazar raya klang.

Jalan punya jalan punya jalan punya jalan, jumpa la yang berkenan dihati sekali dengan pakej saiz M. Bersedia untuk membeli, malangnya dalam beg duit tinggal 40 hengget je. Terpaksalah gi ATM keluarkan duit. Sampai je Maybank (tak jauh dari situ) terus masuk. tengok-tengok ATM tu tulis "Sorry for any inconvenience". Semua machine pula tu. Jadi terpaksa menapak jauh sambil meredah kebanjiran manusia kat situ untuk cari ATM lain. Nasib baik jumpa. Keluarkan duit terus menapak balik ke kedai tadi, terus beli baju raya tu tanpa berpikir lama sangat sebab dah pukul 2 pagi.

Lepas tu jalan lagi, dan tanpa sengaja membeli lagi sepasang baju kurung. Cukup la tu. yang tempah 2 pasang tu pun aku tak ambil lagi. Eh...bukan tadi cakap tak ada mood ke?? (- .-")

Lepas dapat baju kurung terus bergegas balik. Cham cuma beli capal raya je. Ingatkan sebelum balik nak singgah sahur kat mamak. Tengok-tengok kedai tu tutup. Hurrrmmm..terus je balik rumah. Samapai rumah dekat pukul 3. Cham buatkan air koko panas aku pula lipat baju. Siap je koko panas Cham panggil minum sama-sama. Then, siap sahur tido. Tak sampai berapa minit, alarm handphone canggih aku bunyi. tengok-tengok dah pukul 4. Sekejap je la pejam mata 6.30 nak bangun gi keje.......

CikCakula : Tadi sms bos, "hi bos, i just wanna ask whether i can take time-off today? i plan to balik kampung early. If cannot its ok ". sejam selepas tu dia reply "If nothing urgent, no prob". Aku pun terus reply, "Thanks bos!"..(Oh My English!)..Muuuaaahahahaha...kul 2.30 ni aku akan cabut.

2 comments:

mamawana said...

Salam idilfitri moga ceria selalu

MeMohamad said...

Dapat gak balik beraya.Lain ulu lain parangnya,lain orang lain ceritanya.