Sambung cerita yang tergantung semalam.
Lepas merdeka tu la kejadian bintik-bintik yang memberi parut dalam hidup aku bermula.
Kan aku cakap yang Chammitto tak bagi aku balik Melaka. Ni semua sebab dia tengok badan & tangan aku ada bintik-bintik merah. Dia risau sebab takut aku kena denggi ke ape. Mak aku pulak suruh aku call akak aku yang Ngah. Aku call dan cerita kat dia semua sekali la. Tp, sebab akak aku pun tak tengok keadaan aku secara fizikal (chewah) maka dia conclude yang bintik-bint,ik merah tu peluh malam. Sekali malam sebelum balik tu Chammito ngan mak aku tengok balik, dorang cakap CACAR AIR...Huuuuuuuuuuu...Menakutkan......
Malam tu balik awal sikit la sebab kitorang plan nak gi klinik. Cham suruh gi Pantai je. Tapi aku tak nak. Sebabnya, aku tak nak tido sesorang kat hospital. Bosan. Takde kawan. (Ceh! sebenarnya taknak jauh-jauh dari Chammitto..heeeeeee..). Sampai Melaka agak lewat malam tu ditambah demam aku yaang agak kuat malam tu Chammitto suruh gi klinik esok.
Camni la reaksi aku mase dapat tau kene Chicken Pox. -ihsan gugel |
Esoknya aku gi klinik dan positive aku Chicken Pox. Arrggghhh!Dah la Sabtu & Ahad minggu tu aku ada PTD punya Program Assessment Center (PAC). Aku tak tahu la dapat gi ke tak PAC ni. Dah la tak ready apa-apa lagi. Dari hari Ahad malam tu sampai hari Khamis aku demam-kebah tak berhenti. Panas btul badan aku 5 hari tu.
Korang tau la Chicken Pox macamana kan. Dengan gatalnya, tak yah cakap la. nakgaru kang pecah, pastu merebak. Huaaa...nak sikat rambut pun seksa sebab bende tu ada kat kepala jugak. Mandi pun macam tak mandi je. Cukup wat syarat je mandi tu aku rase. Padahal mak aku cakap dulu masa aku kecik-kecik aku dah pernah kena Chicken Pox ni. Tu yang mula-mula rasa macam bukan Chicken Pox. Sekali kena bila dah besar ni, aku rasa terseksa gila. Untuk pengetahuan umum, muka aku time tu dah macam hapehapentah. Muke berChicken Pox, badan berChicken Pox, kepala berChicken Pox, hidung, mata, telinga sume berChicken Pox. Berkurung kat rumah je la aku sesorang. Lagipun tak larat nak gi kedai.
PAC 2012 |
Alaaaa...dah nak balik lagi..sok sambung lagi la..panjang sangat la cite aku..
K bai..
CikCakula : Asik ujan je Lembah Klang skunk ni..
No comments:
Post a Comment