Tuesday, December 2, 2014

:: Melaka-KL-Melaka...Dekat Jeeeee....

Hai Readers,

Selama aku travel Melaka-Putrajaya ni, ramai orang tanya aku soalan-soalan cepucemas. Dan kebanyakkannya soalan yang sama.

Ada juga yang aku jumpa, nak mengikut jejak langkah aku berulang alik ni. Disebabkan itu post kali ni special untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya dan bagi mereka yang berminat nak berulang alik ni.

Selalunya orang yang ulang alik ni bersebab dan sebab yang sangat fofuler adalah keluarga. Even ada yang dah bertahun ulang alik. Kebanyakan mereka ni kerja bagus. Ada aku jumpa time tunggu bas dulu kerja Petronas, kerja Bank. Kerja yang diaorang sayang nak lepaskan. So, for the seek of their family and career, they decide to travel everyday. Ni la antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada aku dan aku cuba la sedaya upaya jawab.
 
Tak penat ke ulang alik?
  • Tipu la kalau aku cakap tak penat. Memang penat. Ape kerja yang tak penat. Tambah lagi hari-hari travel jauh. Korang pun boleh bayangkan. Tapi, aku fikirkan kalau aku duduk KL pun sama juga, masa, jem, stress. At least kalau aku ulang alik, balik rumah dapat tengok muka Nabihah, rasa seronok je hati ni walaupun penat. Lagipun aku tidur je all the way Melaka-KL -Melaka
  Tak jauh ke?
  • Of course la jauh. More than 100km hokeh.
 Berapa jam perjalanan?
  •  Aku keluar pukul 4.40am, sampai office pukul 8.00am. Balik pula aku keluar office pukul 5.35pm sampai rumah pukul 9.30pm. Kira la sendiri.
Macam mahal je, brape kos?
  • Kalau naik bas : Aku ambil tiket pukul 5.00am harga RM13.20. Lepas tu sampai TBS aku naik ERL direct putrajaya RM5.30 sehala. So, termasuk return RM10.60. Sampai Putrajaya Sentral aku naik bas nadi putra RM0.50 sehala. Pergi balik RM1.00. Balik pula sama je, naik bas ke Putrajaya Sentral, lepas tu naik ERL  sampai TBS. Aku beli tiket KL-Melaka on the spot je sebab tiket banyak. Harga pula dari RM10.00-RM13.40. Depend on bus. Total kos aku RM34.80-RM38.20 satu hari.
  •  Kalau Drive : Kadang-kadang aku terbangun lewat. So, solution adalah dengan driving direct ke putrajaya. Kosnya agak tinggi nak dibanding dengan naik bas. Tapi jimat dari segi masa dan tenaga. Minyak Melaka-Putrajaya-Melaka satu hari adalah RM40.00. aku bawak kancil je, so memang save la. Tol pula dari Ayer Keroh-Kajang RM14.80. Pergi balik RM29.60. So, total kos kalau aku drive adalah RM69.60.
Ada ke bas?
  • Mesti la ada. Paling awal bas transnasional pukul 5.00am. Kalau naik 5.30am dan seterusnya banyak la bas. Depend. Tengok jugak korang kerja kat mana. Balik ke Melaka pula memang banyak bas. Cuma kalau hari Jumaat tu macam sibuk sikit TBS dan tiket cepat habis. Kena la beli awal kalau tak nak balik pukul 8.30pm. Heee...


Gitu la kekdahnya soalan-soalan yang selalu orang tanya. Dan sepanjang aku ulang alik 2 bulan ni aku jumpa ramai orang yang sama macam aku. Tempat kerja je lain. Aku ni kira newcomers la dalam bidang ni. Yang lain semua aku tengok dah pioneer. Chewahh.. Hihihi..



CikCakula: Be positive even susah macamana pun sebab aku percaya ada yang lagi susah dari aku dan aku sepatutnya bersyukur, bukan mengeluh....Alhamdulillah.........

Monday, December 1, 2014

Melaka-Putrajaya-Everyday

Salam Sejahtera

Hari ini genap 2 bulan aku kerja. Maksudnya 2 bulan juga la aku dah berulang alik dari Melaka ke Putrajaya setiap hari.

Travel dari Melaka ke Putrajaya setiap hari sejujurnya memang meletihkan. Tapi for the seek of my daughter aku decide untuk travel hari-hari. Perkara ni aku dah bincang dengan Cham sebab sebelum ni ingat nak sewa rumah kat Putrajaya dan bawa Nabihah sekali tinggal dengan aku. Tapi aku risau jugak tinggal berdua je dengan anak aku. Lagi satu aku risau Nabihah tak kenal Ayah dia. Kalau nak tinggalkan dengan Cham dekat Melaka then aku sewa kat Putrajaya pun sedih juga. Yela, setahun lebih aku tak pernah tinggalkan anak aku lama-lama. Aku takut anak aku tak kenal ibu dia.

Aku travel naik bas..bukan beskal..harap maklum...
Untuk first week tu Cham & Nabihah teman aku. Kami stay kat Tune Hotel kat Cyberjaya. Since lapor diri hari rabu, Cham & Nabihah teman la sampai hari Jumaat.

Second week, bermula la pengembaraan aku ke tempat kerja. Isnin cuti Raya Haji so off-day la. Hari Selasa tu aku tak dapat tiket sebab tiket dah habis. Aku dengan Cham da pening fikir jalan macamana aku nak pergi kerje. Cham tak percaya nak lepaskan aku drive sendiri ke Putrajaya. Yela, aku tak pernah drive jauh-jauh kot. Paling jauh Melaka-Muar. Tu pun sekali je. Cham siap volunteer nak hantar. Then aku pikir kalau Cham hantar aku, Nabihah pula macamana. Last-last tawakal je la, Cham lepaskan aku drive sendiri. Alhamdulillah selamat aku sampai Putrajaya dan selamat aku balik Melaka.


Untuk hari Rabu aku dah ada tiket bas. Pukul 5.30am. Akhirnya aku sampai pukul 9.30am. Masuk Kerja pukul 8.30am. Jadinya, misi naik bas 5.30am untuk pertama kali gagal.

Lepas tu aku try beli tiket pukul 5.00am. Memang kena bangun awal la. Tapi akhirnya aku berjaya sampai pukul 8.30am. Ngam-ngam je.


Sekarang ni aku memang ulang alik naik bas dari Melaka. Next post, aku update pasal kos dan pengangkutan pula.

CikCakula:Sekarang ni punchcard asik merah je. Jam kat punch card tu da gelong.

Tuesday, November 25, 2014

Aku & Kerja Berpisah Tiada......

Assalammualaikum..

Curllass sangat title kat atas. Sudah lama rasanya tidak mencoret. Ceewwahhh.. Banyak yang ingin dikongsikan dengan para readers (ada ke readers kt blog usang besawang ni..pffttt)

Aku bercita-cita untuk aktif menghapdet blog. Tapi apakan daya, baru nak tekan keyboard dah datang keyboard worrior cilik yang suka menghentam keyboard ibunya tatkala ibunya baru sahaja memasang hasrat nak menghapdet blog.

Memang pengalaman yang indah membesarkan anak sehinggakan aku boleh terlupa akan benda lain. Pejam celik rupanya dah 2 tahun aku menganggur. Kalau tengok Facebook aku pun, tak banyak aku share kt dinding. Kadang-kadang leka melayan kerenah anak masak nasi pun lewat..hihihi.. (Masa tulis ni pun tengah rasa rindu kt anak aku..huuuu...)

Rasa sekejap je...Nur Aina Nabihah dah masuk 1 tahun 3 bulan...
Belanja sikit gambar Nabihah..


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, genap Nabihah setahun bulan 9 haritu aku nekad nak start keje balik. Lepas bincang dengan Cham, buruk dan baik aku bekerja, kitorang decide untuk teruskan sahaja hasrat aku nak kerja. Offer yang aku dapat pun agak rare, Cham pun tak kisah aku nak kerje or tak. Tapi cham kesian juga la kat aku sebab dah study sungguh-sungguh lepas tu tak kerja pulak. Lagipun, boleh la aku tolong Mak dengan Abah aku sikit-sikit walaupun tak banyak mana.

Aku dah pun reply “YA” untuk offer letter yang terbabit. Aku report duty 1 Oktober 2014. Termasuk hari ketika aku sedang taip entry ni aku dengan rasminya dah 1 bulan 25 hari bergelar sisiwazah yang tak menganggur.. (bila mau bayar hutang PTPTpu hah??)

Bersempena dengan mulanya aku bekerja, banyak benda yang aku nak kongsikan kat sini. Tunggu je la kegigihan aku menaip. Jadi..TUNGGUUUUU....


CikCakula : Rindu Nur Aina Nabihah. (Mood kat opis terbayang muka Nabihah sebab gambar Nabihah da jadi wallpaper ibu..huaaaa)