Tuesday, November 25, 2014

Aku & Kerja Berpisah Tiada......

Assalammualaikum..

Curllass sangat title kat atas. Sudah lama rasanya tidak mencoret. Ceewwahhh.. Banyak yang ingin dikongsikan dengan para readers (ada ke readers kt blog usang besawang ni..pffttt)

Aku bercita-cita untuk aktif menghapdet blog. Tapi apakan daya, baru nak tekan keyboard dah datang keyboard worrior cilik yang suka menghentam keyboard ibunya tatkala ibunya baru sahaja memasang hasrat nak menghapdet blog.

Memang pengalaman yang indah membesarkan anak sehinggakan aku boleh terlupa akan benda lain. Pejam celik rupanya dah 2 tahun aku menganggur. Kalau tengok Facebook aku pun, tak banyak aku share kt dinding. Kadang-kadang leka melayan kerenah anak masak nasi pun lewat..hihihi.. (Masa tulis ni pun tengah rasa rindu kt anak aku..huuuu...)

Rasa sekejap je...Nur Aina Nabihah dah masuk 1 tahun 3 bulan...
Belanja sikit gambar Nabihah..


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, genap Nabihah setahun bulan 9 haritu aku nekad nak start keje balik. Lepas bincang dengan Cham, buruk dan baik aku bekerja, kitorang decide untuk teruskan sahaja hasrat aku nak kerja. Offer yang aku dapat pun agak rare, Cham pun tak kisah aku nak kerje or tak. Tapi cham kesian juga la kat aku sebab dah study sungguh-sungguh lepas tu tak kerja pulak. Lagipun, boleh la aku tolong Mak dengan Abah aku sikit-sikit walaupun tak banyak mana.

Aku dah pun reply “YA” untuk offer letter yang terbabit. Aku report duty 1 Oktober 2014. Termasuk hari ketika aku sedang taip entry ni aku dengan rasminya dah 1 bulan 25 hari bergelar sisiwazah yang tak menganggur.. (bila mau bayar hutang PTPTpu hah??)

Bersempena dengan mulanya aku bekerja, banyak benda yang aku nak kongsikan kat sini. Tunggu je la kegigihan aku menaip. Jadi..TUNGGUUUUU....


CikCakula : Rindu Nur Aina Nabihah. (Mood kat opis terbayang muka Nabihah sebab gambar Nabihah da jadi wallpaper ibu..huaaaa)

No comments: