"Saya merasakan sukar untuk tidur malam jika tidak membaca blog Cik Cakula. tengok Header dia pun jadilah. Sudah cukup bagi saya untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.", kata Remy Isak Nordin, 25 ketika menghubungi Bermama.
Peminat setia Deylalicious Story, Remy Isak Nordin. -Gambar Ihsan Gugel |
Telah dilaporkan bahawasanya Cik Cakula kekeringan cerita-cerita menarik akibat daripada terlalu sibuk memunggah barang-barang masuk ke rumah barunya yang CANTIK dan MEWAH disamping membuat persiapan hari bersejarahnya. Diberitahu juga bahawa, jiran cik cakula tidak la busuk!busuk!busuk! dan busuk sekali lagi seperti jirannya di rumah dahulu. Cik Cakula terlalu gembira dengan berita ini hingga kurang membuat entry-entry baru di 'Deylalicious Story'.
Tambahnya lagi, beliau telah berpesan kepada peminatnya supaya bersabar menunggu entry-entry dari beliau. Beliau berkata lagi, gambar-gambar rumah barunya yang CANTIK dan MEWAH akan dimuatnaik setelah beliau membeli cadar cantik. "Saya dalam proses mengemas rumah baru saya yang CANTIK dan MEWAH sebab itu lah tak banyak entry-entry saya. proses ni mungkin memakan masa yang yang agak panjang akibat dari kekangan masa.", ujar Cik Cakula yang ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
Cik Cakula besama Abah dan Emaknya ketika Konvokesyen UiTM. |
"Alhamdulillah, Abah saya telah keluar dari hospital dan sekarang ini keadaannya sihat.saya berharap blog readers saya dapat mendoakan yang terbaik untuk Abah saya supaya dapat kembali sihat seperti selalu.", katanya mengulas mengenai bapanya.
Apabila ditanya mengenai persiapan perkahwinannya, beliau hanya menjawab, "Persiapan perkahwinan saya sudah 50% siap dan kad sedang diedarkan. Tentang tema, menu, baju dan lain-lain persiapan saya harap peminat dapat lihat pada hari pernikahan saya nanti. Semua tu biarlah menjadi kejutan untuk semua pihak.", ujar Cik Cakula yang agak malu-malu apabila ditanya mengenai hal perkahwinannya.
Beliau turut mengambil kesempatan untuk menjemput semua peminat-peminat beliau dan para pembaca setia 'Deylalicious Story' ke majlis perkahwinannya nanti yang akan dilangsungkan di kampung halamannya di Muar. -Sumber dari Bermama
Cik Cakula : Tolong jangan muntah. Pahit untuk ditelan, manis untuk dibuang..terima je la hakikat yang aku ramai peminat.