Thursday, June 28, 2012

Susahnya...


Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima

Suatu Masa - M.Nasir

Cik Cakula : Susahnya nk nyanyi lagu ni...

Thursday, June 21, 2012

Aku Ingin Menulis

Nami Island - 5 April 2012


Aku ingin menulis
Tetapi aku takut tulisan ini menjadi seperti kata-kata yang tajam seperti pedang
Yang aku pasti boleh menusuk ke hati manusia yang lemah
Aku pasti ianya boleh membunuh perasaan manusia
Boleh juga mengubah cinta, kasih, sayang malah sebuah persahabatan menjadi sebaliknya

Aku ingin menulis
Tentang apa yang aku rasa selama ini
Tentang ape yang aku pendam selama ini
Tentang apa yang aku lalui semasa kehidupan duniawi yang singkat ini

Aku ingin menulis
Kerana ingin mengadu nasib
Pada kekunci yang tidak bernyawa

Tapi
Aku tahu akan ada yang bernyawa membaca tulisan ku
Aku tahu akan ada makhluk ciptaan-Nya yang senatiasa mencari kesalahanku
Aku tahu akan ada manusia yang sentiasa tidak ingin melihat manusia lain senang
Dan aku juga tahu akan ada yang terusik hatinya

Aku ingin sekali menulis
Mungkin bukan tulisan mengadu domba
Mungkin bukan tulisan memuji manusia
Mungkin bukan tulisan mengeji manusia
Yang pastinya
Tentang kehidupanku

Maaf taulan jika tersinggung
Kerana ianya hanya tulisanku

Cik Cakula, 21 Jun 2012, 5.22 p.m

Tuesday, June 19, 2012

Malam Pertama - Setelah 7 Langkah

  
Credit Gambar http://halaqah.net

Merenungkan indahnya malam pertama, 
Tapi ini bukan malam yang penuh kenikmatan duniawi semata 
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam dan Hawa 
Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Mauuut...... 
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara 
 
Hari itu, mempelai dimanjakan 
Mandipun…harus dimandikan dengan seluruh badan kita terdedah
Tanpa ada sehelai benang pun menutupinya, Tanpa ada sedikit pun rasa malu… 
Seluruh badan digosok dan dibersihkan 
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan 
Bahkan lubang – lubang itupun ditutupi kapas putih… 
Itulah susuk kita… 
Itulah jasad kita waktu itu 
 
Setelah dimandikan…, 
Kita akan dipakaikan gaun yang cantik berwarna putih 
Kain itu, 
jarang orang memakainya 
Karana jenama itu sangat terkenal bernama Kafan 
Wangian ditaburkan ke baju kita… 
Bahagian kepala, badan, dan kaki diikatkan 
Tataplah, tataplah, itulah wajah kita 
Keranda pelaminan langsung disiapkan 
Pengantin bersanding sendirian… 
 
Mempelai di arak keliling kampung bertandukan tetangga 
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul kita 
Diiringi langkah gontai seluruh keluarga Serta rasa haru para handai taulan 
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah kudus 
Akad nikahnya bacaan talkin Berwalikan liang lahat 
Saksi-saksinya nisan-nisan yang tlah tiba terlebih dahulu 
Siraman air mawar pengantar akhir kerinduan 
dan akhirnya… 
 
Tiba masa pengantin menunggu dan ditinggal sendirian… 
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan kita di dunia 
Di kamar bertilamkan tanah 
 
Dan ketika 7 langkah telah pergi… 
Kitapun kan ditanyai oleh sang Malaikat… 
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur ataukah kita kan memperoleh Seksa Kubur 
Kita tak tahu…dan tak ada seorang pun yang tahu 
Tapi anehnya kita tak pernah galau ketakutan 
Padahal nikmat ataukah siksa yang kan kita terima? Kita segan sekali menitiskan air mata… 
Seolah ianya barang berharga yang sangat mahal…
 Dan Dia Kekasih itu, akan menetapkan bagi kita, 
nikmat atau siksa! 
Tentunya kita berharap menjadi ahli syurga… 
 
Tapi...
Sudah pantaskah sikap kita selama ini? 
Untuk disebut sebagai ahli syurga ??
 
Cik Cakula : Entry CnP..aku tau puisi ni dah lama..tapi bila aku baca, aku rasa insaf dan aku boleh menangis kalau baca malam-malam..Aku harap semua orang dapat feel yang sama macam aku. =')

Monday, June 18, 2012

Gambar Kahwin I \( ♥ o ♥ )/

Dah lama rasanya tangan ni tak menulis. Pemalas kan? Hehehe.. Sebenarnya lama dah nak update gambar-gambar kahwin. Tp, mse dpt gambar tu hujung bulan 3, tengah sibuk-sibuk untuk majlis sambut menantu kat klang. Hurmm..tak menyempat la tangan ni nak menaip panjang-panjang.

Alhamdulillah, majlis 1hb April tu berjalan dengan lancar walaupun ada mulut-mulut sumbang yang mengata itu ini. Nak buat macamana kan, mulut tempayan tu bley la kita tutup. Tapi kalau dah namanya mulut manusia ni memang , macam tu la. Tak boleh nak tutup. Ada je benda nak cakap.

Lepas je selesai majlis kitorang terus terbongkang. Penat gile. Esoknya, kemas-kemas barang sebab lusa tengahari tu nak bertolak ke Korea. Pasal Honeymoon korea pulak aku cite next entry k. hehehe.
Gambar majlis bertandang tak siap lagi. Cuma ada majlis belah perempuan je. So enjoy k. tatap la gambar aku sepuas-puasnya. (Sila click gambar untuk resolusi gergasi k. Kot la tak puas tengok muka aku kecik-kecik kannnn..)


Cun kan..heeee..

Aku buat sendiri..tolong cakap cantik....terima kasih..

Dari Cham..zahid AF sungguh.. kannn..=D

Macih abah bagi teh kawin...gegege...

saya kompem nak menikah
saya setuju nak menikah..

=)

Keluarga Sakinah..=D

MMuuuahhhh!!lebiu la... 

I called this 'my family'..

New Family..

Aspuri's Family : Macih korang..Pepagi lagi dah terjongok depan rumah..=D

Meh Rewang!!

Dia Datang....Dengan senyum simpulnya...Dia datang...

Tol Pertama : Tol Lelaki Sahaja

Tol Kedua : Tol Muka Pintu

Tol Ketiga : Tol Demand

I malu okeh...

Salam menyalam..

My new big family..

Sayang Mummy & Daddy ketat2...*gaya gediks..


MAS's family

UiTM Kedah's Family

Hah..Ni la bridesmaid aku..

Ecece..ada gaya Sultan Melaka dulu kala tak..alaaa..yang kt buku sejarah tu..heeee...

I lioookkee songket!!
Perempuan melayu sangat-sangat aku rase time ni..hehehe..

Aku feeling2 prince & princess sangat-sangat time ni..

Feeling princess volume 2...

Limited public view picture..hahaha...

oke..cukup la tu..kalau nak tengok lagi boleh PM aku. Nanti aku bagi almat rumah. Boleh la tengok album kahwin aku puas-puas tanpa halangan. Heeeee... \ (^o^)/


Cik Cakula : Hurmm...Dah dua bulan lebih dah. Gambar kahwin belah lelaki tak siap lagi. Janji macam nak ling. Haih. Geram pulak aku rasa. Ni la jenis orang Melayu yang menyebabkan rosaknya nama Melayu lain.