Thursday, June 21, 2012

Aku Ingin Menulis

Nami Island - 5 April 2012


Aku ingin menulis
Tetapi aku takut tulisan ini menjadi seperti kata-kata yang tajam seperti pedang
Yang aku pasti boleh menusuk ke hati manusia yang lemah
Aku pasti ianya boleh membunuh perasaan manusia
Boleh juga mengubah cinta, kasih, sayang malah sebuah persahabatan menjadi sebaliknya

Aku ingin menulis
Tentang apa yang aku rasa selama ini
Tentang ape yang aku pendam selama ini
Tentang apa yang aku lalui semasa kehidupan duniawi yang singkat ini

Aku ingin menulis
Kerana ingin mengadu nasib
Pada kekunci yang tidak bernyawa

Tapi
Aku tahu akan ada yang bernyawa membaca tulisan ku
Aku tahu akan ada makhluk ciptaan-Nya yang senatiasa mencari kesalahanku
Aku tahu akan ada manusia yang sentiasa tidak ingin melihat manusia lain senang
Dan aku juga tahu akan ada yang terusik hatinya

Aku ingin sekali menulis
Mungkin bukan tulisan mengadu domba
Mungkin bukan tulisan memuji manusia
Mungkin bukan tulisan mengeji manusia
Yang pastinya
Tentang kehidupanku

Maaf taulan jika tersinggung
Kerana ianya hanya tulisanku

Cik Cakula, 21 Jun 2012, 5.22 p.m

2 comments:

mamawana said...

Menulis mengikut rentak hati
yang haus cinta Illahi.. :-)

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

agreeable... =D