Monday, July 23, 2012

Ramadhan Pertama

Terima Kasih.....
Alhamdulillah.
Dah masuk 3 hari puasa bersama suami tercinta
Pengalaman pertama yang membuat aku menghargai adanya dia di sisi
Terima kasih kerana menemaniku untuk Ramadhan kali ini
Semoga akan ada Ramadhan untuk kita lagi

Cik Cakula : ♥ ♥ ♥ ♥

Friday, July 20, 2012

Special Post : Kepada Pendengki di Pagi Jumaat

Aku punya blog suka hati aku la nak tulis ape. 

Apa la yang ko sakit hati sangat dengan aku? 

Aku ada curi duit ko ke? 

Ke aku kahwin dengan laki ko? 

Kalau ko lelaki, aku nak tanya, aku ada tolak Cinta ko ke, sebab tu ko sakit hati? 

Ke sebab aku cantik, ko buruk then ko sakit hati? 

Aku rasa sebab yang last tu paling sesuai. 

 

Ape la ko sakit hati sangat kan? 

Kalau ko rasa ko taknak baca blog aku ko bley tekan Alt+F4. 

Settle masalah ko. 

 

Aku punye blog aku punya hal

Ko nak buat hal ko buat blog sendiri

Aku tak suke kacau orang kalau orang tak kacau aku

 

Lain kali kalau nak tinggalkan komen, 

jangan lupe tinggalkan email ko sekali. 

Jangan jadi macam orang yang tak de telur, tak de biji 

Guna Anonymous pulak..


Kaaannnnn..........

Yang penting ada aku kisah??

Spesis orang yang takleh tengok orang lain senang....


Cik Cakula : Pendengki yang pengecut

Wednesday, July 18, 2012

Cadangan Kurang Bijak

Suatu petang yang sibuk, masuk la satu email ke dalam inbox outlookku. Ku tekan tetikus pada email tersebut. Hatiku ingin sekali membacanya. Satu email yang agak menyentap ruang hatiku. Rasa marah dan geram mula menghantui diriku. Aku cuba mengawal keadaan dengan membaca kandungan email tersebut dalam hati.

Aku dapat je email tu, terus baca......
"Tak guna, ni sume mesti keje orang-orang atas yang mementingkan diri. Tak pun kerja si Parrot." , aku menjerit marah dengan kata-kata yang agak berhemah di dalam hati.

Parrot merupakan secretary tak bermoral yang terlalu suka berjalan keliling pejabat. kadang-kadang aku berpikiran positif. Mungkin juga dia nak training untuk tawaf haji atau umrah. Tapi mana mungkin hendak training tawaf, sebab selalu saja dia menyinggah menjual cerita dan gosip pada teman-teman sepejabatnya.  Tidakkah dia tahu bahawa ketika tawaf sebenar nanti tidak boleh menyinggah dan bergosip?

Selain dari aktiviti hariannya yang suka berjalan, bercerita dan bergosip beliau juga suka menyinggah ke meja atau bilik yang ada makanan percuma. Tanpa diundang dia akan datang dan makan tanpa segan silu.

Selain itu dia juga suka menzalimi pekerja kontrak secara mental atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai Mental Torture . Memang itu la kegemarannya.

Adapun ingin menceritakan tentang dirinya adalah tidak cukup dengan 1 post. Mungkin akan ada 64 bahagian sepertimana blog Uncle Seekers yang menceritakan tentang Sultan Johor. Oleh kerana hal yang demikian, tidaklah mahu menceritakan perihal Si Parrot Secretary tak bermoral itu. Biarlah dia dengan dunianya.

Sambung semula tentang kisah email yang diterima, perasaan yang amat marah itu merebak sampai ke kepala. Walaupun aku membaca dalam hati, akan tetapi telinga aku yang panas. disebabkan oleh sesetengah pihak yang agak berkuasa mahukan perkara tersebut terpaksalah aku ditindas. Siapa lagi yang layak ditindas di pejabat ini melainkan aku.

AKU KENE PINDAH MEJA LAIN YANG TAK SAMPAI 2METER DARI TEMPAT ASAL AKU!!


Kadang-kadang aku tak faham perlu ke aku pindah ke meja lain yang tak sampi 2 meter dari tempat duduk aku yang sekarang ni?

 Pastikah mereka dengan pindahnya aku ke tempat yang jaraknya tak sampai 2 meter dari tempat asal aku tu, productivity, efficiency atau effectiveness aku akan meningkat ke?

Dan dapatkah mereka pastikan dengan dekatnya mereka dengan staf-staf mereka, profitibility syarikat akan meningkat?

Lain la kalau dia nak tukar tempat then bagi meja luas sikit ke. barulah staff performance akan meningkat. Kalau pindah tempat jauh sikit tak pe la. Ni setakat 2 meter tak sampai nak suruh aku pindah.

Cik Cakula : Aku malas nak pindah!!

Monday, July 16, 2012

Mimpi Aku

Dalam banyak-banyak mimpi yang aku mimpi, ada 1 mimpi yang aku ingat sampai umur aku sekarang ni dah masuk 24 tahun. Aku mimpi masa aku umur 5 ke 6 tahun camtu la.

Memang mimpi tu macam real je tau. Tapi bukan mimpi basah k. (nada serius)

Sambung balik cite pasal mimpi aku. Mimpi aku ni memang menakutkan la bagi kanak-kanak yang sebaya aku masa tu. Mimpi aku ni, kejadiannya berlaku kat rumah arwah atok aku. Belah mak aku. Rumah atok aku ni ada 2 bilik je. Tapi rumah arwah atok aku ni luas tau. Ada 3 hall 1 anjung. Rumah tu rumah papan la. 1 bilik dekat dengan dapur dan lagi 1 bilik dekat bahagian depan. Tapi sebelah-sebelah la bilik tu.
Camni la aku tidur malam tu.....
Malam tu aku tido macam budak-budak biasa yang lain. Dan dengan tetiba je, (jeng..jeng..jeng...) ada org jahat kejar aku. Rupa orang jahat tu familiar gila kot. Aku memang selalu tengok dia. memang budak-budak takut tengok dia ni. Kalau jumpe mesti akan lari. Sama la macam aku. Aku takut sangat-sangat dengan perempuan jahat ni. Sampai aku tak boleh nak berfikir secara waras. Dan yang menambahkan ketakutan aku tu adalah perempuan tu hijack rumah atok aku. Abis makcik-pakcik aku sekali dengan sepupu-sepupu aku kene tangkap dengan dia.

Dan ayat perempuan jahat tu yang paling aku ingat sampai sekarang adalah,

"Cari semua orang dan bunuh mereka".

Takut gila aku bila dengar perempuan ni cakap macam tu dengan orang-orang suruhan dia.

Rupa dia macam ni la orang suruhan perempuan tu.
Masa tu cuma tinggal aku dengan seorang lagi budak (aku tak ingat siapa budak ni. Aku rasa macam adik aku. ntah lupe.) je yang tak kena tangkap lg dengan perempuan ni. Perempuan jahat tu tengah tangkap orang kat bilik atok aku yang dapur tu. Aku cuma dengar dia gelak besar je. Gelak jahat. Aku time tu ape lagi, cari tempat menyorok.

Lari punya lari (ntah kenapa tiba-tiba rumah atok aku jadi luas giler...hahaha..) aku dengan budak yang dengan aku ni pun decide la nak menyorok kat bilik lagi satu. aku sorok kat bawah katil dan budak lagi seorang ni menyorok kat dalam almari kat bilik tu.


Ni la rupe perempuan jahat tu..korang mesti tak suke tengok dia kan........
Tengah aku menyorok ni tiba-tiba dia masuk bilik aku dengan bawak tongkat dia tu. Masa tu jantung aku memang berdegup kencang. dup dap dup dap tak berhenti.

Takut sangat time tu, lagi la dia suruh tengok dalam almari. Dalam bilik tu ada 2 almari. Nasib baik si jahat tu check 1 je almari dan almari tu bukan almari yang budak tu menyorok. Dia fed-up sebab tak jumpa sesiapa dalam bilik tu, then dia keluar la dari bilik tu.

Dia ni pun masuk gak dlam mimpi aku...aku cme tak ingt bila scene dia...
Tetiba sebelum keluar, dia nampak lagi 1 almari...jeng..jeng..jeng...

Time ni aku memang takut giler la. Sebab mula-mula aku ingat dah selamat. Siap plan nak call Power Rangers lagi time tu.

Masa tu aku tawakkal je la apa yang akan terjadi. Bila dia buka je almari tu, dia terus nampak budak yang dengan aku tu. dia terus ketawa kuat-kuat. Aku ingat lagi dia cakap,

"Mana lagi seorang?? Aku tahu ada lagi seorang dalam rumah ni." .

Takut kemain aku bila dengar dia cakap macam tu. Dia ugut budak tu suruh bagitahu kat mana aku. Aku tak ingat la budak tu yang bagitahu ke atau dia sendiri nampak aku menyorok kat bawah katil tu. Tak kisah la ynag penting aku dah kantoi kt bawah katil tu.

Tak semena-mena time tu la penyelamat aku datang. Yeah..go.. go... Power Rangers.
Dorang tengah bincang macamana nak selamatkan aku.. thanks power rangers...
Nasib baik la dorang ni ada tau. Kalau tak mesti aku da kene tangkap dengan perempuan jahat tu.

Kalau tak mesti aku dapat tengok diorang lawan...

Dan tiba-tiba...time tu jugak la aku terjaga...menyesal terjaga awal sebab aku tak dapat tengok Power Rangers tu lawan. tapi tak pe sebab aku tahu Power Rangers mesti dapat kalahkan perempuan jahat tu.

-THE END-


Fakta tentang mimpi aku
1. Aku tak tahu kenapa Rita perempuan jahat tu boleh cakap melayu
2. Power Rangers dalam mimpi aku ni memang original sebab dia cakap omputih.
3. Aku sedaya upaya untuk bercakap omputih dengan power rangers tu tapi aku gagal. Aku hanya mampu cakap thank you je time tu. yela budak-budak kan. Mana tau cakap omputih sangat.

Cik Cakula : Baru-baru ni aku mimpi pocong plak. Takuuutttt...