Monday, October 15, 2012

Bulan Berbintik-bintik Yang Telah Memberi Parut Dalam Hidupku - Part 1

Hamboii..Panjangnya tajuk..Hehehe...

Dah bersarang rupanya blog ni. Tak ada masa nak menaip. Asik dok baca posting orang je. Hehehe.

Rindu aku? Nikmati gambar ini...
Sebenarnya bukan apa. Ingat lepas raya tu nak update blog. Tapi banyak sangat benda yang jadi.

Lepas seminggu aku cuti raya, aku keje cam biasa. Dapat la seminggu keje. Sekarang ni aku kat Klang sesorang. Chammitto dah pindah Melaka. Hah, Lupe nak cerita kan. Hehehe. Dia dah pindah seminggu sebelum raya. Sekarang dia dah buka kedai baru kat Melaka. Kedai yang dekat Klang dah tutup. Siapa-siapa yang duduk Melaka tu jemput-jemput la datang. Hehehe.

Kat rumah org pun nak sibuk bergambo kan...
Riang Ria Raya versi Ipar-Duai
Riang Ria Raya versi Girang Gembira
Raya tahun ni pun macam tak meriah sangat la sebab family mertua busy dengan kedai baru kat Melaka. Aku raya ke-5 dah dok menyingsing lengan baju cat kedai. Tapi sempat jugak la raya rumah sedara dekat-dekat. Orang lain gi umah terbuka, aku dengan Cham sibuk bukak tin cat mengecat. Huh, penat tak yah cakap la. Habis mengecat, melepak la kitorang. Fengsan!

Kedai Chammitto dengan rasminya dibuka pada 31 Ogos 2012. Huh, skema.

Orang Melaka sila jemput datang.. \(^o^)/
Disebabkan 31hb tu jatuh pada hari Jumaat maka aku balik Melaka hari Khamis malam tu. Esoknye tolong Chammitto kat kedai sampai fengsan. Nasib makan free. Hahaha.

Hari Jumaat tu jugak la aku demam. Panas giler. Mula-mula chammitto offer gi klinik. Dengan Eksyennye aku menolak offer tu (Mood: Berlagak). Aku ingat antibodi aku mampu melawan demam tu. Malalangnya tak. Pastu aku tak tahan aku gi jugak la klinik petang tu. Doktor check suhu dah 39'c. Lepas makan ubat dan tido demam aku kebah. Tapi kul 1 pagi demam aku datang lagi. Makan ubat n tido demam aku kebah balik. Pastu demam balik tengahari sabtu tu. Dah la esoknya ada kenduri kawin kat Segamat. Nasib baik lama lepas tu, lepas makan ubat n rehat demam aku kebah. Ingat da terus baik. tapi Manghrib tu demam balik. Macam biasa la lepas makan ubat n tido demam aku kebah balik. Malam tu Chammitto tutup kedai pukul 1 pagi balik rumah mandi-mandi, bersiap terus balik Muar.

Selamat Pengantin Baru!! Barakallah...
Pagi Ahad tu aku tak ada pula demam. Macam tau-tau je aku nak gi kenduri kahwin. Nasib baik nasi kenduri sedap. Rasa macam nak tambah. Tapi dah full (Mood : Menegur). Jenguk-jenguk pengantin pastu tegur-tegur Atok (Tuan rumah masa aku sewa kat Segamat).Pastu balik Muar. Balik dari kenduri tu aku ingat nak terus balik Meru. Aku dah kirim kawan aku belikan tiket bas. Petang Ahad tu kawan aku datang ruamh bagi tiket sambil berhari raya. Tu je la kawan aku yang datang beraya rumah aku tahun ni. Sodey! Tapi Chammitto tak bagi aku balik Meru sebab petang tu badan aku dah berbintik-bintik merah. Panas badan da nak datang balik. Jadinya aku tak jadi balik Meru petang tu. Malam tu aku balik Melaka.

Alaaa...Dah nak balik pulak..Esok la aku sambung cerita. K bai...

CikCakula : Malas nak keje sejak Chammitto dah takde kat sini...


2 comments:

Kakcik Seroja said...

Mesti masih banyak yang nak diceritakan ni... :)

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

memang pun kakcik...=)