Monday, December 1, 2014

Melaka-Putrajaya-Everyday

Salam Sejahtera

Hari ini genap 2 bulan aku kerja. Maksudnya 2 bulan juga la aku dah berulang alik dari Melaka ke Putrajaya setiap hari.

Travel dari Melaka ke Putrajaya setiap hari sejujurnya memang meletihkan. Tapi for the seek of my daughter aku decide untuk travel hari-hari. Perkara ni aku dah bincang dengan Cham sebab sebelum ni ingat nak sewa rumah kat Putrajaya dan bawa Nabihah sekali tinggal dengan aku. Tapi aku risau jugak tinggal berdua je dengan anak aku. Lagi satu aku risau Nabihah tak kenal Ayah dia. Kalau nak tinggalkan dengan Cham dekat Melaka then aku sewa kat Putrajaya pun sedih juga. Yela, setahun lebih aku tak pernah tinggalkan anak aku lama-lama. Aku takut anak aku tak kenal ibu dia.

Aku travel naik bas..bukan beskal..harap maklum...
Untuk first week tu Cham & Nabihah teman aku. Kami stay kat Tune Hotel kat Cyberjaya. Since lapor diri hari rabu, Cham & Nabihah teman la sampai hari Jumaat.

Second week, bermula la pengembaraan aku ke tempat kerja. Isnin cuti Raya Haji so off-day la. Hari Selasa tu aku tak dapat tiket sebab tiket dah habis. Aku dengan Cham da pening fikir jalan macamana aku nak pergi kerje. Cham tak percaya nak lepaskan aku drive sendiri ke Putrajaya. Yela, aku tak pernah drive jauh-jauh kot. Paling jauh Melaka-Muar. Tu pun sekali je. Cham siap volunteer nak hantar. Then aku pikir kalau Cham hantar aku, Nabihah pula macamana. Last-last tawakal je la, Cham lepaskan aku drive sendiri. Alhamdulillah selamat aku sampai Putrajaya dan selamat aku balik Melaka.


Untuk hari Rabu aku dah ada tiket bas. Pukul 5.30am. Akhirnya aku sampai pukul 9.30am. Masuk Kerja pukul 8.30am. Jadinya, misi naik bas 5.30am untuk pertama kali gagal.

Lepas tu aku try beli tiket pukul 5.00am. Memang kena bangun awal la. Tapi akhirnya aku berjaya sampai pukul 8.30am. Ngam-ngam je.


Sekarang ni aku memang ulang alik naik bas dari Melaka. Next post, aku update pasal kos dan pengangkutan pula.

CikCakula:Sekarang ni punchcard asik merah je. Jam kat punch card tu da gelong.

9 comments:

saiful sham said...

Ada ke bas ulang alik melaka putrajaya?nk taw detail psl my wife dah setahun lebih ulang alik

MaMa AuNi said...

En. Saiful, wife encik berminat nk carpool x dr mlk ke putrajaya? Kalu dia brmnt, mntk email sy yer.. auni.balqisy@gmail.com
Tq!

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

Ada en saiful...tp, trun di Pasar Seni dan TBS...sekarang saya turun di Pasar Seni...naik train ke KL Sentral dan lepas tu saya amik ERL trus ke putrajaya..touch down putrajaya sentral pukul 7.30..

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

Mama Auni...saya ada email puan last to weeks if im not mistaken...waiting for your feedback...hihihi..

Sham Saiful said...

Penat jgk psl terpaksa turun naik train n bas ke opis,kalau more than 20 persons blh kita deal dgn mana2 syarikat bas utk ulang alik terus dr melaka ke putrajaya...sy dah reply email mama auni

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

Mula2 tu mmg pnt jgk..tp lme2 alah bisa tegal biasa..klu ada direct ke putrajaya mmg cpt la...xpnt sgt pn ye.. =)

mia_vilan said...

askm...kalau saya nak join carpool masih ada kosong kew...kalau ada hubungi saya 012-3983242..urgent

Anonymous said...

Sis still ulang alik melaka - Putrajaya ke? Ke dh dpt pindah?

Anonymous said...

askm...

saya nak tahu masih ada kosong kew jika saya ingin join carpool ...urgent..badan dah tak larat nie..boleh hubungi saya 012-3983242