Thursday, January 19, 2012

:: Aku Nak Rumah Sewa Area Subang ::

Dengan ini aku announce yang aku nk pindah umah yang lebih selesa..
Sekarang ni aku hanya duduk dekat rumah flat yang jiran sebelahnye busuk..busuk..busuk..busuk sangat2...


Aku n housemate aku kalau boleh nak rumah kt area Subang atau dekat dengan tempat keje kami kt Subang Airport. ni pun in order to reduce our cost of living..yela klu dok jauh nk pikir pasal minyak, tol, time constrain.. argghh byk lg la...pendek cite klu ader umah sewa sebelah opis pn kami sanggup nk sewa..asalkan murah...hahaha

~Da la nak umah dekat ngn tempat keje, pastu nk yang murah je plak tu...DEMAND!!


 Ni antara permintaan kami yang lain:

  1. Kami hanya akan bayar sewa rumah setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM700 sebulan tanpa perabot di dalam rumah dan RM800 hingga RM1000 dengan perabot. Lebih dari itu kami tidak akan bayar.
  2. Jika pihak tuan rumah ingin menyediakan kemudahan di rumah itu, ini adalah antara tuntutan dan sebab tuntutan kami. 
    • Langsir: rumah pihak tuan berkemungkinan tinggi sangat transparent. Lebih2 lagi rumah yang mempunyai sliding door. Hal ini akan menimbulkan kesukaran kepada kami yang anak dara melakukan aktiviti harian anak dara secara normal.
    • Mesin Basuh: Tangan wanita ibarat kulit bayi dan kami harus menjaganya. Bagi kami, tangan kami sangat berharga dan ianya termasuk dalam harga hantaran kami (ini pun untuk bakal suami kami juga). Selain daripada itu, kami tidak larat ingin meyental pakaian-pakaian kami dengan menggunakan tangan. Setelah seharian penat bekerja, untuk membasuh baju menggunakan tangan adalah tidak mungkin bagi kami. Jika pihak tuan rumah dapat menyediakan mesin basuh separa automatik kami bersyukur tetapi jika pihak tuan sudi memberikan kami mesin basuh 100% automatik kami sangat bersyukur.. Ianya value added kepada kami.
    • Peti Sejuk: Perut kami seperti perut manusia normal lain. Kami perlu makan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat. Kami hanyalah orang kebiasaan dan bukannya anak orang berada ataupun pekerja contoh dengan gaji 5 hingga 6 angka. Kami tidak mampu membeli makanan di luar setiap hari apatah lagi makan di hotel ataupun restoran2 mewah. Dengan adanya peti sejuk, bolehlah kami menyimpan makanan-makanan mentah yang kosnya agak murah berbanding dengan makanan sedia masak yang ada di kedai-kedai berhampiran kawasan rumah kami. Masakan sendiri lebih sedap jika hendak dibandingkan makanan di kedai makan.
    • Dapur dan Gas: Zaman sudah berubah. Dapur kayu sudah tidak akan digunakan lagi. Dapur minyak tanah sudah lama ditinggalkan berikutan harga minyak mentah dunia yang naik secara mendadak. Sekarang, rumah-rumah di Malaysia menggunakan dapur elektrik atau dipanggil dengan lebih mesra lagi dapur nano. Penggunaan dapur seperti ini lebih mesra alam dan mesra pengguna. Berikutan dengan itu, kami tidaklah mahu menyusahkan tuan rumah dengan mengikuti trend penduduk Malaysia kini. Bukannya apa, dapur elektrik atau nanao tu mahal la juga harganya jika hendak dibandingkan dengan dapur gas biasa yang boleh didapati di pasaran dengan harga tidak sampai RM100. Jadi, apa yang kami perlukan hanyalah dapur masak yang menggunakan gas LPG bagi memudahkan tugas harian kami untuk memasak. 
    • Televisyen: Adalah penting untuk kami mengetahui perkembangan-perkembangan dalam dan luar negara. Ini adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan am dan semasa kami dalam dan luar negara tidak kiralah samaada politik, ekonomi, masyarakat, sosial, hiburan mahupun sukan. Oleh yang demikian, bagi kami yang tiada kemudahan IT dirumah, ia sangat menyukarkan kami untuk mengetahui perkembangan-perkembangan tersebut. Kami tidaklah mahu digelar katak bawah tempurung oleh rakan-rakan kami berikutan kurangnya sumber-sumber media berkaitan dengan isu-isu semasa. Disebabkan oleh itu, kami meminta supaya pihak tuan dapat menyediakan televisyen. Kami tidak memerlukan televisyen berskrin nipis, definasi tinggi dengan kemampuan 3D mahupun berAstro. tetapi jika pihak tuan rumah ingin menyediakannya kami amat berterima kasih.
    • Katil dan Tilam: Tidur merupakan rehat yang penting. Tidur yang selesa akan membuatkan kita cergas semasa bangun pagi. Untuk pengetahuan pihak tuan rumah, struktur badan kami adalah normal seperti manusia normal lain, kami bukanlah dilahirkan supernormal oleh orang tua kami yang membolehkan kami tidur di atas lantai tanpa beralaskan sesuatu yang epuk atau selesa. Rasional menyediakan katil dan tilam adalah untuk memastikan tidur kami selesa dan kesihatan kami tidak tejejas. 
    • Almari: Kami memerlukan almari untuk menyimpan pakaian dan barang-barang penjagaan diri kami. Kami tidak mahu orang menganggap bilik kami seperti sarang tikus. Kami perlu menjaga martabat dan maruah kami sebagai seorang wanita dan yang penting sekali status kami sebagai anak dara. Jika hal ini tidak dititikberatkan, pasaran kami untuk mendapatkan lelaki-lelaki bujang yang baik, rajin, soleh, penyayang, kacak dan bekerjaya akan terjejas.
  3. Kami berharap pihak tuan rumah dapatlah kiranya membuka akaun RHB supaya mudah untuk kami membayar duit sewa melalui pemindahan wang secara perbankan internet. 
  4. Dengan ini tidak akan ada lagi masalah bayar sewa lambat.Itu sahaja tuntutan dari kami. Segala apa yang kami minta perlulah dipersetujui jika tidak kami tidak akan menandatangani kontrak perjanjian sewa rumah.

Macam ni la rumah yang kami idamkan.hehehe..
Harap maaf ye, kami memang demand.. kami harap tuan rumah yang nk menyewakan rumah boleh pikir2kan dengan akal yang waras dan fikiran yang rasional berkenaan dengan tuntutan ini...  

CikCakula: Thanks Chammitto sbb belikan tiket blik kg sy..2 bulan lg da bley blik kg same2..hehehe..

7 comments:

Cikli said...

beli je sebuah dekat area subang tu dik.

uncle gedek said...

swimming pool takde dalam senarai syarat?

~hehe...

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

Cikli : Oke gak idea 2...bley bg sewa kt org lain..

Uncle gedek : Swimming pool xnk la...nnt jiran sebelah nk tumpang..

heeee....

Roseputih Zumie said...

dah jumpa ke rumah sewa dear? kalau ada kekosongan lagi tlg inform ya.. :-)

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

da jmpe da....tp, kt area meru...nk sewa ke??dekat gak ngn subang...

Roseputih Zumie said...

oh yker.. saya dah jumpa umah sewa jgk area U5.. dkt jgk la dgn subang airport.. tq inform..btw, akak kerja dkt complex mana? :-)

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

complex B...ktorg sewa ber3 kt rumah ni...U5 nk g keje x jem ke??