Wednesday, July 18, 2012

Cadangan Kurang Bijak

Suatu petang yang sibuk, masuk la satu email ke dalam inbox outlookku. Ku tekan tetikus pada email tersebut. Hatiku ingin sekali membacanya. Satu email yang agak menyentap ruang hatiku. Rasa marah dan geram mula menghantui diriku. Aku cuba mengawal keadaan dengan membaca kandungan email tersebut dalam hati.

Aku dapat je email tu, terus baca......
"Tak guna, ni sume mesti keje orang-orang atas yang mementingkan diri. Tak pun kerja si Parrot." , aku menjerit marah dengan kata-kata yang agak berhemah di dalam hati.

Parrot merupakan secretary tak bermoral yang terlalu suka berjalan keliling pejabat. kadang-kadang aku berpikiran positif. Mungkin juga dia nak training untuk tawaf haji atau umrah. Tapi mana mungkin hendak training tawaf, sebab selalu saja dia menyinggah menjual cerita dan gosip pada teman-teman sepejabatnya.  Tidakkah dia tahu bahawa ketika tawaf sebenar nanti tidak boleh menyinggah dan bergosip?

Selain dari aktiviti hariannya yang suka berjalan, bercerita dan bergosip beliau juga suka menyinggah ke meja atau bilik yang ada makanan percuma. Tanpa diundang dia akan datang dan makan tanpa segan silu.

Selain itu dia juga suka menzalimi pekerja kontrak secara mental atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai Mental Torture . Memang itu la kegemarannya.

Adapun ingin menceritakan tentang dirinya adalah tidak cukup dengan 1 post. Mungkin akan ada 64 bahagian sepertimana blog Uncle Seekers yang menceritakan tentang Sultan Johor. Oleh kerana hal yang demikian, tidaklah mahu menceritakan perihal Si Parrot Secretary tak bermoral itu. Biarlah dia dengan dunianya.

Sambung semula tentang kisah email yang diterima, perasaan yang amat marah itu merebak sampai ke kepala. Walaupun aku membaca dalam hati, akan tetapi telinga aku yang panas. disebabkan oleh sesetengah pihak yang agak berkuasa mahukan perkara tersebut terpaksalah aku ditindas. Siapa lagi yang layak ditindas di pejabat ini melainkan aku.

AKU KENE PINDAH MEJA LAIN YANG TAK SAMPAI 2METER DARI TEMPAT ASAL AKU!!


Kadang-kadang aku tak faham perlu ke aku pindah ke meja lain yang tak sampi 2 meter dari tempat duduk aku yang sekarang ni?

 Pastikah mereka dengan pindahnya aku ke tempat yang jaraknya tak sampai 2 meter dari tempat asal aku tu, productivity, efficiency atau effectiveness aku akan meningkat ke?

Dan dapatkah mereka pastikan dengan dekatnya mereka dengan staf-staf mereka, profitibility syarikat akan meningkat?

Lain la kalau dia nak tukar tempat then bagi meja luas sikit ke. barulah staff performance akan meningkat. Kalau pindah tempat jauh sikit tak pe la. Ni setakat 2 meter tak sampai nak suruh aku pindah.

Cik Cakula : Aku malas nak pindah!!

4 comments:

Anonymous said...

untung la dpt pindah

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

x untung................

Anonymous said...

cam bodoh..orang wt blog nk ad blog gak die...tp karang mcm haramm..phuii

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

Ada Aku Kisah?????