Thursday, February 16, 2012

Repekan Dariku

Untuk entry kali ni, aku tak tau nak tulis ape sebab banyak sangat bende yang aku tengah pikirkan kat kepala aku ni.

Makin dekat tarikh kawin aku makin  la aku serabut. Banyak bende lagi yang tak siap. Hantaran baru 2 je yang siap. Ada lagi  7 nak buat. Buat yang 2 tu pun tangan aku da sakit-sakit. Kuku aku dah rosak2. Kawin punya pasal buat je la tanpa banyak soal. Hehehe. Cham senang la. Akak dengan makcik dia buatkan hantaran-hantaran tu. Tapi tak kisah la. Yang pasti on that day benda tu akan siap. Dan akan bertukar tangan.

Tapi dalam banyak-banyak benda, aku paling satisfied sekali dengan baju nikah aku. Hehehe. Semua checklist aku dah nak hampir sempurna. Walaubagaimanapun still ada benda penting yang tak siap lagi. Takpe, ada lagi seminggu. Aku akan bersungguh-sungguh siapkan semua benda yang tak siap lagi.

Sekarang ni apa yang ada kat kepala aku adalah segala yang berkaitan KAHWIN. Tinggal semingu je lagi sebelum majlis. Memang takkan ada benda lain yang berlegar kat kepala aku ni. So, harap maaf sesiapa yang kat keliling aku yang bernanah telinga dengar pasal kawin aku nih. Nak buat macamna kan orang nak kawin memang macam ni. Semua orang pun sama. Kalau kita tak cakap, orang lain pulak yang tanya. Sama je kan. 

Perkara yang akan dilalui oleh semua orang yang kemungkinan besar nya sekali je seumur hidup. Tak tahu la kalau ada yang beniat nak kahwin banyak kali. 

Aku harap segala persiapan akan siap sebelum hari majlis dan aku harap juga majlis yang sederhana ini akan berjalan dengan lancar dibawah rahmatMu. Aminnn…

4 comments:

dela said...

harap semuanya berjalan dengan lancar.... TAHNIAH!

mamawana said...

Wah ada hari besar rupanya... kompang berbunyi sayup2... Tahniah.

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

thanks..harap semuanya berjalan seperti yang dirancang..

TAKUT pun ada jugak ni..hehehe..(^.^)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Semoga segalanye dipermudahkan & berjalan lancar..