Teringat zaman sekolah.
Bawak tupperware gi sekolah sebab ada makan-makan.
Aku dari prasekolah, rendah bawak ke menengah semua sekolah dekat
Ingat lagi waktu tu darjah 5 (tak silap aku la) ~dem..ingt tak sebenarnya ni?? sekolah aku buat pertandingan berarak sambil berselawat. Pertandingan dibahagikan mengikut kelas dan mengikut kategori tahap satu dan tahap dua. Kelas aku mesti la tahap dua kan. mase tu da dewasa sikit. da mula ada crush..hahaha..
Sambung........
Pertandingan ni ikut kretiviti dari segi pemakaian, semangat nak selawat (lagi kuat selawat lagi bagus la), kekemasan barisan, sepanduk yang dibawa dan lain-lain kategori lagi yang dirasakan relevan oleh para guru-guru yang biasanya pada pemikiran diorang yang mampu dilakukan oleh murid-murid sekolah rendah kampung macam kami.
Kelas aku mase tu semangat la jugak. Aku tak ingat kelas kami bawak lagu ape untuk selawat hari tu. Tapi seronok. Pagi-pagi dah berarak. Ikut kelas. Ada yang bawak selawat lagu Cindai, Selamat Pengantin Baru, banyak lagi la lagu.
Kelas aku dapat no 2 kot masa tu. ke no 3. Camtu la. Yang menang budak darjah 6. Tapi kelas dorang memang gempak. songkok dorang siap ade reben.Baju sume cantik. Yang perempuan siap ada bunga ke reben camtu la. Siap ada bunga manggar cantik-cantik. Memang gile adore dengan kelas dorang.
Lepas penat-penat berarak kami sume dengar ceramah maulud. Pastu ada la persembahan nasyid.
Dan aktiviti yang penting dan disukai ramai pun tiba la. Sume murid-murid akan beratur panjang pegang tupperware ngn bekas air masing-masing. Ambil nasi minyak. Pastu balik. Makan kat rumah.
Selalunya aku bawak tupperware besar sikit. Tamak kan. Tapi tak habis pun.cume puas la sebab bekas aku besar sikit dari kawan aku walaupun hakikatnya ada lagi orang lain yang lagi besar dari aku. Kalau tanya aku ape yang aku dapat bile bawak tupperware besar tu, aku jawab aku dapat puas sebab tupperware aku lebih besar dari kau punya. Hahaha.
Walaupun kelas kami kalah hari tu, kami tetap gembira pasal hari tu tak belajar. hehehe. Tapi tahun depannya aku tubuhkan kumpulan nasyid dan kumpulan aku yang terdiri dari 7 ke 10 orang tu (aku tak ingat) menang. Johan ok. Time tu aku masuk pertandingan bercerita juga tak salah aku tp, kuchewa. Gagal untuk menang.
Tapi tahun tu pun aku tetap gembira sebab aku gi sekolah dengan beg kosong yang hanya ada tupperware dan bekas air. Satu hari tanpa belajar. Hehehe..
Cik Cakula : Cis!! Mase aku tulis post ni ada seseorang spoil kan mood aku.
3 comments:
mst ko yang bawak tupperware yang paling besar
sebok..bce la post teh yg lme2..jgn lpe click iklan..
Post a Comment