Tuesday, February 14, 2012

Sape Sambut Valentine Dia Dosa!!

Ihsan - Gugel

Aku??Sambut ke??Opkos la tidak. Okeh.

Dulu mase sekolah aku tak tau pun hari kekasih atau Valentine Day (aku rase susah plak nak eja valentine) tu ape kejadah hari.

Macam-macam amoi tu jual
Yang aku tau sampai je bulan Februari akan ada amoi-amoi cina datang dari kelas ke kelas buat bisnes. Banyak la yang dorang dok jual. Bunga hidup la, bunga plastik la, coklat la, kad la dan byk lg la. Kalau nak murah beli la yang bunga plastik. Amoi-amoi ni akan buat delivery service untuk kita. Yela kan dulu kecik-kecik kan penyegan. Nak terserempak dengan orang yang kita suke pun malu-malu. Bajet macam dia suke kat kita pulak. Very perasan.

Beli je la benda-benda alah yang amoi tu jual dan tulis sekali nak bagi kat siapa. Pastu time 14hb tu amoi-amoi ni akan deliver benda alah tu kat crush kita. Kalau yang pakwe makwe tu siap ugut lagi, "Kalau awak tak bagi saya saya hadiah saya merajuk. Tak mau jumpe kt kolam lagi". (Selalu kat sekolah aku diaorang kalau nak dating kat kolam ikan kt pagar depan sekolah.)

Selalunya setiap hadiah tu akan ada nota sisi. pesanan dari si perasan kepada crushnya atau pun makwe kepada pakwenya atau makwe kepada pakwenya. Ada juga yang paling nak muntah adik angkat kepada abang angkatnya. Dan yang paling totally annoying nak termuntah pelangi adalah adik angkat yang sebenarnya adalah seorang perempuan bagi kat akak angkatnya juga seorang perempuan. Totally Annoying!!

Nota sisi yang si perasan bagi kat crush selalunya hanya dengan nick name mcm Mawar Berduri, huruf S, huruf Y, huruf I, huruf A, huruf L dan huruf-huruf yang lain. Nanti si crush pun meneka la. Bwuuekk. Muntah! Yang pakwe makwe pulak aku malas nak tulis. sume orang tau dorang akan tulis ape kan. Time tu la ayat-ayat Komsas akan dikeluarkan. Fully utilize okeh. Kalau nak romantik terlebih novel-novel literature yang selalu dibuka waktu pelajaran bahasa inggeris akan digunakan. Baru macam omputih sikit. Time ni la bulan, bintang, cinta kekal abadi, you are my soul semua keluar la. Yang berangkat-angkat pulak selalunya nota sisi diaorang akan berbunyi seperti, "Adik sayang akak sangat-sangat. Akak jangan cari adik lain okeyh." Muntah.
Contoh kata-kata yang dipetik dari novel literature bahasa inggeris sekolah menegah. Sumber-gugel

Chinese sekolah aku memang ramai. So, diorang yang bercouple selalunya akan sambut la. Cume yang aku hairan ada juga Melayu jahil yang sambut. Time tu bando Muo tak yah nak cakap la. Wetex Parade tu memang penuh dengan  pasangan-pasangan kekasih. Tapi, dalam banyak-banyak couple-couple Cina tu akan ada la terselit couple-couple Melayu. Dan selalunya terdiri dari golongan individu-individu yang tak berape nak dewasa sangat, mempunyai IQ bawah 70, jangan lupe diorang jugak selalunya adalah dari golongan yang baru sahaja akil baligh. 

At the end of that day, amoi-amoi cina tu akan kira duit hasil jualan dan si penyambut Valentine akan kekeringan duit tanpa memikirkan dosa keringnya.


CikCakula: Aku memang tak ada pakwe masa sekolah dulu. Kenal cham lepas sekolah dan kami tak sambut Valentine tapi kami suke Valentino Rossi.

No comments: