Wednesday, February 8, 2012

:: Rumah Baru Ku ::

Sejak duduk kat rumah sewa baru ni aku rase malas sangat nak pegi keje. Tak tahu la sebab apa. Tapi yang aku dapat rase sekarang adalah disebabkan oleh tilam spring yang enak yang membuatkan tidur aku lena dan menyebabkan aku malas sangat-sangat nak bangun tidur.

Setelah dekat 2 minggu mengemas rumah baru, akhirnya.... Al-maklum la kan, double storey kan. Lambat sikit la proses nak mengemas tu. Ditambah lagi dengan masa yang mencemburui, Tilam dan bantal yang sentiasa memanggil-manggil. Selimut yang meminta untuk dihargai akan kewujudannya dan kotak televisyen yang sentiasa meminta dirinya supaya ditatapi dan dihayati. Oleh sebab-sebab yang sedemikian lah telah melambatkan lagi proses mengemas rumah.

Proses yang memakan masa hampir 2 minggu ini telah menunjukkan hasilnya. Hasil yang agak memuaskan dan memang bes untuk ditatap.

Inilah Rumah kami.. upss..rumah sewa kami...

Our 1st Living Room..erkk??ada lagi Living Room ke??
Tempat meletakkan segala makanan..
Deco..Deco..Deco..Supplise!! (gaya eric)
Katakan senang kepada perut dan juga tenaga membasuh baju.



Our 2nd Living Room kat tingkat atas.
Tempat beradu..

Ampi Pur baru untuk bilik baru..=)
Geng Katilest..

Dengan keadaan yang sebegini rupa, nampaknya tahap ketaknakkan aku untuk pergi kerja telah meningkat naik tremendously (teromputih plak). Heeee....

5 comments:

Si BuDaK KaChAk said...

wahhh...mcm2 name patung dia ek???hehehe

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

opkos la..sesi meluahkan tekanan perasaan kt dorg la..mangsa..hahaha...

Salina said...

cantiknya rumah sewa..suka la tengok..hihi..

salam perkenalan dari akak..

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

kami pun suke tgk.. 1st time tgk2 rumah trus comfirm ngn owner hari tu jgk..hehehe..
salam kenal jgk..=)

dean said...

Patut la perampok Suke heh ;-)